Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 31 August 2013

Benarkah Senjata Api Di Malaysia Boleh Dibeli Di Facebook?


Bukan sahaja murah tetapi juga senang diperoleh, itu tanggapan yang dapat diungkap terhadap dua akaun Facebook yang mendakwa menjual senjata api dalam talian, di negara ini.
Satu daripada akaun itu mendakwa menawarkan pelbagai senjata api termasuk pistol, revolver dan ‘assault rifle’ dalam lingkungan harga antara RM500 dan RM15,000.

Menurut akaun Facebook itu, raifal AK-47 dijual dengan harga RM12,000 manakala pistol Smith & Wesson RM500 dan revolver termasuk dua kotak peluru dijual pada harga RM15,000.
 
Satu lagi akaun Facebook mendakwa menawarkan kira-kira 10 jenis senjata api antaranya E&C M16A4, airsoft gun Tercel M1911 serta S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood) dengan harga antara RM600 dan RM1,250.
Berdasarkan gambar yang dipapar, senjata terbabit menyerupai senjata sebenar.
Akaun Facebook itu diwujudkan Februari lalu dan mendapat 688 ‘likes’ di samping menjadi topik perbualan 141 pengguna yang melayari akaun berkenaan.

Pengendali akaun juga dapat dihubungi menerusi nombor telefon mudah alih yang dipapar pada akaun itu serta memberi respons kepada khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh wartawan Bernama ini.
Kewujudan dua akaun Facebook itu menimbulkan persoalan mengenai penguatkuasaan undang-undang di negara ini apabila orang ramai dilihat dapat memperoleh senjata api dengan mudah tatkala kejadian tembak meningkat kebelakangan ini.

Sepanjang Julai lepas beberapa kes tembak dilaporkan termasuk yang berprofil tinggi membabitkan pengasas Ambank Hussain Ahmad Najadi yang maut ditembak ketika keluar dari sebuah tokong di Lorong Ceylon dekat sini.
Sehari sebelum itu pada 28 Julai, aktivis pemantau jenayah R. Sri Sanjeevan parah ditembak dua lelaki dalam kejadian di Bahau, Negeri Sembilan.

Pada 5 Julai seorang guru di Kelantan cedera parah selepas ditembak di leher.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika diminta mengulas mengenai kewujudan akaun terbabit, berkata pihaknya akan menyiasat mengikut Seksyen 11 Akta Senjata 1960 jika benar mereka menawar dan menjual senjata api di negara ini.

“Jual senjata api tanpa lesen yang sah adalah kesalahan serius,” katanya yang dihubungi Bernama.
Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata tindakan mereka yang menjual senjata api secara terbuka menunjukkan mereka tidak gentar dengan undang-undang sedia ada.
“Hukuman berat perlu dikenakan supaya mereka tidak sesuka hati menjual senjata api. “Malahan, sebagai negara yang mempunyai undang-undang ketat, pihak berkuasa dan kerajaan juga harus menjalankan siasatan terperinci agar mereka dapat ditahan dan menjadi pengajaran kepada penjenayah lain,” katanya. -BERNAMA

Kamu Boleh Buat Maksiat, Tapi Ada 5 Syarat!


Apa itu maksiat?? Kalau ditanya pasal maksiat mesti ramai yang berfikir bahawa maksiat itu seperti berzina, berdating dan sebagainya.
Namun, maksiat ini mempunyai skop yang lebih luas. Segala perkara yang boleh mendatangkan dosa adalah maksiat.
Dalam kitab al-tazkirah fi ahwal al mawta wa umur al-akhirah oleh imam al-qurtubi, diceritakan berkenaan seorang lelaki yg dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yg hebat,iaitu Ibrahim Adham.
beliau bertanya,apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat.
lalu dijawab oleh Ibrahim Adham,” kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat” :

1) Jangan kamu makan rezeki ALLAH.
- kerana tidak  layak org yg makan rezeki ALLAH derhaka kpd ALLAH. 
2) Jangan kamu tinggal di bumi ALLAH.
- kerana tidak layak org yg tinggal di bumi ALLAH melakukan maksiat dan penderhakaan kpdNYA.
3) Buatlah maksiat di tempat yg ALLAH tidak nampak akan kamu.
4) Sekiranya malaikat maut datang hendakmencabut nyawamu,maka katakan kpd malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat. sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut,maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
5) Sekiranya malaikat zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dlm neraka,maka katakan kpdnya bahawa kamu tidak akan mengikutnya. sekiranya engkau dapat berbuat demikian,maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
setelah mendengar kata-kata tersebut,lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bg seseorang hamba ALLAH untuk melakukan maksiat kpd NYA.
Akhirnya,  lelaki itu menemui jalan hidayah. Dia bertaubat dgn bersungguh-sungguh. Sejak itu,dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba ALLAH yg soleh.

Manusia Menjadi Batu Kerana Melakukan Maksiat


SEKITAR 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii (kini satu kawasan di Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain – penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain. Sehinggalah tiga hari kemudian, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud pada muka bumi ini.
Seterusnya selama 1,500 tahun, kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.Masa terus berlalu sehinggalah ketibaan 1594; sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.


Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah.Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu.Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.


Fakta Mengenai Kepimpinan Tersohor Tok Guru Nik Aziz TGNA


Fakta Mengenai Kepimpinan Tersohor Tok Guru Nik Aziz TGNA

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urus tadbir kewangan Islamik.
2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.
3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.
4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.
5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.
4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.
5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.
6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.
7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.
8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan).
9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.
Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami.
23 tahun ialah tempoh Rasulullah SAW berdakwah…10 tahun di Mekah, 13 tahun di Madinah..akhirnya Baginda diwafatkan oleh Allah SWT meninggalkan asas yang cuku teguh utk diwarisi oleh generasi sahabat.
23 tahun bukan satu tempoh yang sekejap, tetapi tidaklah terlalu lama, cukup untuk membina asas, maka tugas pelapis berikutnya untuk meneruskan perjuangan.. Semoga Allah merahmati setiap pejuang-pejuang yang telah mengerah keringat dan tenaga ke arah memastikan Islam syumul di bumi Malaysia

10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran Atau Beranak


10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran Atau Beranak

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Ustaz Popular Ugut Mentua Bayar RM140,000


Dia digelar ustaz selepas diangkat menerusi sebuah rancangan realiti TV berkonsepkan agama yang popular di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Namun perwatakan sebagai suami penyayang dan menantu yang paling disayangi ibu mentua kini berubah sekelip mata apabila dikatakan tergamak mengugut mahu melakukan sesuatu yang buruk terhadap ibu mentua sehingga wanita itu kini bersembunyi di tempat lain.
Ustaz yang berjawatan tinggi dalam sebuah syarikat petroleum terkemuka negara itu dikatakan mengugut isteri dan keluarga mentua apabila menuntut wang RM140,000 daripada isterinya atas alasan membayar kembali kos sara hidup dia bersama isterinya, termasuk perbelanjaan ketika membawa anak saudara keluar bersiar-siar.
Kemuncak drama gila lelaki terbabit berlaku apabila dia memberanikan diri pergi ke rumah ibu mentuanya di Pahang, pada Isnin lalu.
Dia menunggu di luar rumah untuk menuntut wang berkenaan.

Isteri guna darah haid dan air mani gajah sihir suami


Seorang isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.
Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.
Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.
Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.
Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.
Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.
Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.
“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.
“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.
“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya.

Nenek, 2 Cucu Ditemui Mati Dibunuh Kejam


Seorang nenek dan dua cucunya ditemui mati dibunuh di sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya, Dengkil hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abd Rahman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari ini, nenek berumur 64 tahun itu ditikam di perut, cucu lelakinya berumur 21 tahun turut ditikam dan terdapat kesan tetakan di kepala manakala cucu perempuannya berusia dua tahun dikelar di leher.
“Ketiga-tiga mereka ditemui di tiga tempat iaitu di ruang tamu (nenek), dapur (cucu lelaki) dan bilik (kanak-kanak) di dalam rumah teres tiga bilik itu oleh seorang ahli keluarga mangsa berumur tujuh tahun yang pulang dari sekolah kira-kira pukul 2 petang.
“Kanak-kanak itu kemudiannya menghubungi kakaknya berumur 19 tahun sebelum polis menerima laporan kira-kira pukul 2.30 petang,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata rumah yang diduduki lapan beranak itu didapati tiada kesan pecah rumah, samun dan pergelutan dan polis sedang mengesan senjata yang digunakan serta menyiasat motif kejadian.
Katanya individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi ASP Han Yan di talian 03-8772422 bagi membantu siasatan.
Sementara itu, seorang jiran yang hanya dikenali sebagai Mas Ayu, 27, berkata kira-kira pukul 11 pagi, beliau terdengar bunyi bising dari rumah itu dan meninjau persekitaran namun tiada sebarang perkara yang dilihat mencurigakan.
“Sekitar rumah pun dilihat tiada kenderaan yang mencurigakan dan saya fikir itu pergaduhan biasa kerana sepanjang saya mengenali mereka, dilihat tiada sebarang masalah,” katanya.

Punca Kematian Tragis Eksekutif Penerbangan AirAsia X


Kematian eksekutif penerbangan Shahrinawati Abu Bakar lebih tragis daripada laporan sebelum ini dengan fakta baru diterima.
Polis petang ini mengesahkan beliau bukan sahaja dilanggar malah barangannya turut dirompak.
Ketua Polis Ampang Amiruddin Jamaluddin berkata seorang saksi bersama rakannya membawa Shahrinawati ke hospital namun sudah terlambat.
“Saksi melihat dua lelaki cuba merompak beliau. Dia kemudian mengundurkan kereta bagi menghalang penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa,” kata Amiruddin.
Laporan awal mendapati mangsa maut disebabkan cedera parah namun hasil penyiasatan mendapati sebaliknya.
Dua penjenayah melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan seorang daripada mereka keciciran dompet.
Kejadian berlaku di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka di mana mangsa tinggal bersama tiga adiknya.
Shahrinawati, 30, diserang ketika keluar dari kenderaan pada jam 2.45 pagi.
Siti Mariam Mohd Hanif, 23, rakan kepada mangsa, berkata Shahrinawati seorang ketua yang baik.
“Dia seorang yang tegas bila bekerja dan dihormati ramai,” katanya yang kali terakhir berjumpa mangsa pada petang Rabu ketika sesi taklimat.
Bapa mangsa, Abu Bakar Jemain, 53, ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kelihatan tenang.
“Ini sudah ditakdirkan. Biar polis yang menyiasat,” katanya.
Rakan dan saudara hadir ke Masjid Nurul Hidayah Pandan Indah petang tadi bagi memberikan penghormatan terakhir.

Lemak Kampung Santan Hanya Kutip RM120,000


Dengar berita yang filem arahan dan lakonan Hans Isaac, Lemak Kampung Santan yang ditayangkan pada hari-hari Raya yang lalu dikatakan mendapat sambutan hambar.
Menurut sumber dari saluran Awani 501 semalam, kutipan filem itu hanya sekitar RM100,000 dan itu membuatkan Hans merajuk. Tidak pasti merajuk seperti mana.
Tapi rasanya sudah banyak modal dan usaha Hans dalam mempromosikan filem ini, namun ternyata agak sukar untuk menelan hakikat bila mendapat tahu hasilnya sedemikian.

Artis Korea Semakin Berani Tampil Tanpa Coli


Choi Yeo Jin adalah salah satu nama selebriti Korea yang sentiasa menjadi carian di ruang internet pada hari ini. 

Beliau muncul di karpet merah Anugerah Baeksang dengan gaun labuh dengan bukaan leher yang amat luas hingga tidak mampu menutup aset dadanya. 

Dek kerana itu, ramai peminat mengkritik penampilannya kerana parut pembedahan payudaranya turut kelihatan. 

Choi Yeo Jin membuat penampilan pertama di SBS Supermodel Search pada 2001. 

Beliau juga berlakon dalam sebuah drama popular I'm Sorry I Love You (미안하다 사랑한다).

Gaya Hisap Rokok Erma Fatima Cetus Kontroversi




Dengan caption “Feeling2 stylo”, ada sesetengah peminat yang melahirkan rasa tidak kisah mereka. 

Namun ada juga yang mempersoalkan sama ada Erma benar-benar menghisap rokok atau tidak. 

Ini kerana seperti yang kita ketahui hisap rokok dan bertudung memang tidak sepadan. Antara komen pembaca ialah: 


Tak berasa pelik sangat dengan tindakan beliau kerana yang bertudung litup sekarang kadang-kadang lebih teruk dari yang kurang muslimah penampilannya. 

Apatah lagi dengan wanita yang dahulunya memang tidak memakai tudung dan kehidupan sosialnya juga agak keterlaluan sebagai seorang artis.


Dua Beradik Tanggung Dosa Pakai Susuk Kerana Jahil Agama


Selepas lebih 15 tahun, baru dua beradik perempuan menyedari tindakan ibu memakaikan mereka susuk sejak berusia belasan tahun bagi mengekalkan kecantikan dan memikat sesiapa memandang, adalah perbuatan syirik dan bertentangan ajaran Islam.
Hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 30, wanita berdarah kacukan Melayu dan Cina itu berkata, dia dan kakaknya, Lorina, 35, mendapat kesedaran selepas dimaklumkan rakan dan bersyukur kerana selepas berkahwin, suami membantu mereka membuang amalan itu.
Menurut Lisa, amalan memakai susuk ibarat tradisi dalam keluarga dan kekurangan pengetahuan dalam agama menyebabkan mereka menganggap ia perkara biasa serta tidak menyalahi syariat Islam.
“Ibu beragama Islam dan ayah pula saudara baru memeluk Islam kerana mahu berkahwin dengan ibu. Jadi pengetahuan kami dalam Islam memang amat terbatas.
“Selain saya dan kakak, ibu, empat sepupu, tiga ibu saudara dan nenek kami turut memakai susuk. Ia bagai amalan tradisi dalam keluarga dan saya serta kakak dibawa ibu berjumpa seorang bomoh untuk memasukkan susuk sebaik saja kami akil baligh,” katanya.

Suspek Curi Kabel Tumpas Selepas 9 Jam Dikepung


Usaha dua lelaki meloloskan diri daripada kepungan orang ramai selepas dipercayai mencuri kabel telekom di Kampung Bukit Rambutan, dekat Telaga Nibong tidak berhasil, apabila berjaya ditangkap kira-kira sembilan jam kemudian.
Sebelum itu, beberapa penduduk Kampung Kayu Kelat yang berkawal di kawasan tersebut, terserempak dengan kedua-dua lelaki dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah kereta jenis Mazda, kira-kira jam 5 pagi kelmarin.
Penduduk percaya mereka adalah pencuri kabel telefon sebelum cuba menahan suspek, bagaimanapun selepas menyedari kehadiran orang ramai mereka melarikan diri dengan kenderaan tersebut.
Menurut sumber, penduduk bertindak mengejar suspek, bagaimanapun selepas sampai di Kampung Kayu Kelat, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian, suspek keluar dari kereta kerana dipercayai kenderaan itu tidak dapat bergerak laju akibat berat muatan kabel yang dicuri.
“Kedua-dua suspek meninggalkan kereta mereka lalu melarikan diri ke kawasan semak di tengah sawah berhampiran.
“Penduduk yang keluar beramai-ramai telah mengepung kawasan belukar tersebut, namun pada jam 7 pagi, dimaklumkan ada orang terserempak dengan suspek berkenaan berjalan kaki di Kampung Gong Duek, Hulu Besut beberapa kilometer dari situ,” katanya.
Katanya lagi, menyedari mereka dikesan penduduk, suspek menyembunyikan diri dalam semak berhampiran kawasan tanah perkuburan Islam Kampung Gong Duek, sebelum dilihat penduduk kampung pada jam 12.30 tengahari melalui sawah menghala ke arah Kampung Alor Keladi.
Sejurus selepas itu, penduduk bertindak mengepung kawasan berkenaan dan berjaya memberkas suspek pada jam 1.30 petang di Kampung Alor Keladi sebelum diserahkan kepada polis pada jam 2 petang.
Dalam kejadian itu, salah seorang penduduk cedera ringan akibat bergesel dengan kereta suspek ketika cuba menangkap mereka.
Menurut sumber lagi, sebelum ini, suspek berkenaan dipercayai telah empat kali menjalankan aktiviti mencuri kabel telefon di lokasi sama dan kali terakhir pada Ramadan lalu.
Malah, mereka juga dikatakan pernah mengugut seorang warga emas dengan parang kerana menegur perbuatan mereka ketika terserempak semasa pulang solat Subuh, pada malam sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan tangkapan tersebut.
Menurutnya, dua suspek tersebut berusia 24 dan 35 tahun dari Kampung Batu 13, Hulu Besut dan kedua-dua positif dadah selain mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.
“Polis turut menemui kabel telefon dianggarkan sepanjang 250 meter di dalam kereta suspek dipercayai dicuri di tempat kejadian,” katanya.

Lelaki Berang Rampas Bendera ‘Sang Saka Melayu’


Di celah-celah kemeriahan sambutan kemerdekaan ke-56 semalam, kumpulan pembangkang tampil dengan idea serupa pada tahun lepas iaitu mengibarkan bendera yang digelar ‘Sang Saka Melayu’ bagi menggantikan jalur gemilang. Bendera itu turut dikibarkan ketika Sasterawan Negara, A. Samad Said membaca puisi.

Namun tidak semena-mena, seorang lelaki berbadan tegap muncul lalu merampas bendera berkenaan lalu menggumpalkannya penuh perasaan. Jika dilihat pada ekspresi lelaki itu, jelas dia sangat terganggu dan emosi melihat Jalur Gemilang dipinggirkan pada hari kemerdekaan sekaligus mencabar perasaan patriotiknya.

“Ini bukan bendera Malaysia, itu bendera Malaysia!” tegas lelaki itu kepada kelompok pembangkang sambil menunjukkan Jalur Gemilang yang sedang berkibar.

Tindakan beraninya itu mengejutkan orang ramai namun tiada siapa berani membantah. Kejadian yang direkodkan seseorang dan dimuat naik ke You Tube ini, serta merta menjadi viral di internet.

Bendera merah putih yang cuba diangkat oleh pembangkang sebagai ganti Jalur Gemilang ini, sebenarnya pernah digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

Perjuangan KMM adalah memerdekakan Tanah Melayu dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.

Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju dengan perjuangan ini kerana mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam. Justeru, majoriti Melayu memilih untuk mengangkat UMNO sebagai parti yang mewakili mereka untuk menuntut kemerdekaan.



Meninggal Dunia Ketika Khatib Baca Khutbah


Jemaah solat Jumaat Masjid Rafeah Taman Uda, di Alor Setar, gempar apabila seorang warga emas berusia 66 tahun tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika khatib membaca khutbah, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, jemaah itu, Arshad Harun dari Kampung Padang, Hutan Kampung, di sini, dikatakan menghidap penyakit darah tinggi.
Jemaah lain yang melihat mangsa tiba-tiba rebah segera mengangkat mangsa dan meletakkannya di tepi dinding sambil memberi rawatan kecemasan.
Seorang jemaah, Yusof Abdul Majid, 80, dari Taman Muhibah, di sini, berkata dia bersama beberapa jemaah lain mengangkat Allahyarham ke tepi dinding sambil mengurut belakangnya bagi memberi bantuan.
“Ketika itu, saya dapat rasa arwah masih bernafas dan kami cuba memulihkannya sementara menunggu ambulans tiba. Saya difahamkan dia meninggal dunia tidak lama kemudian.
“Arwah tinggal di Kampung Padang, Hutan Kampung dan selalu menunaikan solat Jumaat di masjid ini,” katanya.
Imam Masjid Rafeah Taman Uda, Zakaria Long, 74, berkata, ini kali pertama jemaah meninggal dunia di dalam masjid berkenaan sejak masjid ini beroperasi 30 tahun lalu.
“Ini kes pertama jemaah meninggal dunia di masjid ketika khatib membaca khutbah Jumaat. Bagi saya, arwah antara individu yang diberi keistimewaan Allah kerana meninggal di dalam masjid, pada hari Jumaat yang mulia,” katanya.
Anak mangsa, Mohd Azhari Arshad, 22, berkata, arwah bapanya sudah mengidap penyakit darah tinggi sejak dua tahun lalu.
“Arwah selalu mengadu penat dan sakit darah tinggi sejak dua tahun lalu, tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik sebelum ini.
“Arwah selalu pergi menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan walaupun ada masjid berhampiran dengan rumah.
Menurutnya, arwah juga sudah berhenti merokok sejak Ramadan lalu kerana bimbang dengan penyakitnya itu.
“Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Padang, Hutan Kampung, semalam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Cara Pemain Bola Sepak Raikan Gol Paling Kreatif


Seperti kebiasaannya, pemain bola sepak ada bermacam-macam cara dan gaya dalam meraikan gol yang berjaya disumbat ke gawang pihak lawan.
Namun apa yang menarik perhatian penulis ialah cara sambutan kreatif yang diaplikasikan oleh pemain ini dan juga rakan-rakannya yang lain.
Pemain yang menjaringkan gol itu beraksi seakan-akan sedang memancing ikan dan kawannya pula dengan spontan berguling-guling seperti ikan yang berjaya ditangkap olehnya.
Memang unik dan kreatif idea mereka ni.



JAKIM Bantah Kedatangan Kumpulan ‘Lamb of God’


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membantah kehadiran kumpulan Heavy Metal ‘Lamb Of God’ daripada membuat persembahan di Malaysia berdasarkan latar belakang kumpulan itu serta genre muzik yang dibawa.
Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha berkata, pihak berkenaan diharap tidak meluluskan kemasukam artis itu dengan mengambil kira sensitiviti umat Islam dan menjaga kemaslahatan dengan tidak membuka pintu atau ruang kepada berlakunya pelbagai krisis akidah, permasalahan moral dan keruntuhan akhlak.
“Kumpulan ini pernah membuat persembahan di Amerika Syarikat dengan mencampur aduk lagu metal dengan bacaan ayat suci al-Quran dan menyentuh unsur keagamaan seperti Walk With Me In Hell (berjalan denganku di dalam neraka), Sacrament (istilah majlis kerahmatan dalam agama Kristian), Resurrection (kebangkitan) serta menerbitkan album berjudul New American Gospel secara jelas bertentangan dengan syariat Islam dan nilai moral.
“Justeru, Malaysia sebagai sebuah negara Islam seharusnya menonjolkan imej yang terbaik dengan tidak menganjurkan konsert hiburan melampau seumpama ini,” katanya.

Kumpulan terbabit dijadualkan membuat persembahan di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur pada 28 September ini.

Gadis Mahu Tiduri 100,000 Lelaki Di Seluruh Dunia


Seorang gadis, Ania Lisewska, 21, mahu mengembara ke seluruh bandar di dunia ini dalam usaha untuk mencapai cita-citanya bagi meniduri 100,000 lelaki.
Ania dilaporkan memulakan hasratnya itu di bandar Warsaw dan berharap dapat mengembara ke seluruh Poland, sebelum berpindah ke negara lain bagi mencapai cita-citanya itu.
“Saya mahukan lelaki dari Poland, Eropah dan seluruh dunia. Di Poland, subjek seks adalah sesuatu yang tidak diperkatakan dan mereka yang mahu memenuhi fantasi seks akan dianggap sebagai jalang atau sakit otak,’’ katanya dalam laman facebooknya.
Setakat ini, gadis yang tidak bermaruah ini mendakwa sudah meniduri 284 lelaki walaupun sudah mempunyai teman lelaki.
Jelas Ania, teman lelakinya itu tidak gembira dengan perkara berkenaan, namun dia tiada pilihan dan terpaksa menerimanya.
Menurutnya, bagi mencapai cita-cita berkenaan, dia bercadang membuka satu laman web untuk membolehkan lelaki mendaftar dan dalam masa sama dia boleh mengemas kini aktivitinya.
Bagaimanapun ramai yang tidak percaya dengan keupayaan gadis itu untuk berbuat demikian kerana jika dia melayan 100,000 lelaki selama 20 minit bagi setiap orang, maka Ania akan menghabiskan masa selama 3.8 tahun untuk berbuat demikian.
Itupun jika dia melakukannya siang dan malam tanpa henti sama ada untuk tidur, makan atau ke tandas.
Ania juga sebelum ini cuba mendapatkan pengiktirafan daripada Guinness World Records namun tidak dilayan kerana ia tidak berminat dengan aktiviti melibatkan seks.
Selepas disoal bertalu-talu oleh pihak media mengenai perkara itu, Ania mula menukar cerita dan mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam facebook.
Dia mendakwa facebooknya telah digodam dan seseorang telah memuat naik dalam facebook itu bahawa dia menghidap AIDS.

Ngeri! Lelaki Putus Kepala Digilis Keretapi


Seorang lelaki yang dipercayai warga asing maut digilis keretapi di bawah jejambat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Ab Lah berkata, lelaki yang berusia 30-an itu ditemui tertiarap manakala bahagian kepalanya putus di atas landasan. 

“Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 8.35 malam itu, sebuah keretapi barang dari Utara melalui kawasan tersebut dan melanggar mangsa yang sedang meniarap. 

“Bagaimanapun, kejadian itu hanya disedari pemandu lokomotif berikutnya yang melalui kawasan tersebut dan membuat laporan polis 

“Mayatnya dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat,” katanya. 

Mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya itu bertubuh kurus, memakai seluar pendek biru berbelang serta berbaju T kelabu dan bertatu di bahagian kaki kanannya. 

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

“Bagaimanapun, mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga boleh berhubung dengan Balai Polis Bukit Mertajam. 

“Siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenal pasti identiti mangsa,” katanya.

Lelaki Ini Jadikan Kaca Dan Racun Sebagai Hidangan Sampingan


Pelik apabila seorang lelaki di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, selamba mengunyah pinggan, gelas serta cawan kaca yang dijadikan ‘hidangan sampingan’ sejak usianya belasan tahun hingga kini.
Lebih mengejutkan, Mohd Zamzuri Bashar, 39, turut meminum racun rumpai selepas menikmati makanan, malah mendakwa tidak pernah menghadapi masalah kesihatan akibat semua tabiat anehnya itu.
Bertugas sebagai juruteknik di sebuah agensi kerajaan, Mohd Zamzuri berkata, semuanya bermula secara spontan ketika dia masih bersekolah dan berkenalan dengan seorang ustaz dan mendalami ilmu ‘jati diri’.
Katanya, mulanya terasa janggal hendak menggigit kaca, namun lama kelamaan perasaan itu dapat dikikis tanpa dorongan sesiapa.
“Semuanya bermula apabila saya didatangi seorang ustaz mencadangkan saya yakin pada diri sendiri dan sentiasa mengamalkan ayat suci al-Quran sebagai amalan harian.
“Nasihat ustaz terbabit amat menyentuh hati kerana setiap perbuatan yang kita lakukan mestilah dengan ikhlas dan sentiasa beramal dengan al-Quran supaya kita tidak sesat,” katanya.
Mohd Zamzuri berkata, selepas beberapa bulan mendalami ilmu ‘jati diri’, keinginannya hendak mengunyah sesuatu mula memuncak namun hanya berselera pada barangan berkaca.
“Pada satu pagi ketika bersiap ke sekolah, saya tergigit gelas dan pecah kemudian secara spontan saya kunyah serpihan gelas itu seperti mengunyah kacang goreng.
“Sejak kejadian itu, saya pantang melihat gelas kaca atau pinggan pasti ada yang pecah atau rosak dimakan oleh saya tapi masih mampu mengawal perasaan sehingga sekarang,” katanya.
Beliau yang kini mengamalkan perubatan dan rawatan Islam berkata, selepas beberapa tahun berlalu amalan berkenaan sudah sebati dalam dirinya dan berterusan sehinggalah sekarang.
“Dalam rawatan secara Islam amalan makan kaca dapat kurangkan kesan santau lebih-lebih lagi yang dibuat melalui cara halus seperti sihir atau ilmu hitam,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pegawai Syarak negeri Melaka, Datuk Abu Khir Jamaluddin ketika dihubungi berkata, perbuatan memakan kaca bergantung pada keadaan tubuh badan individu itu sendiri.
“Jika ia bersesuaian rasanya tidak salah asalkan kena dengan tekniknya dan mestilah yakin dalam mengamalkan ayat suci al-Quran sebagai amalan seharian supaya tidak jatuh khurafat.
“Makan kaca adalah amalan bagi menghindari santau dan dimakan secara suka-suka oleh individu tertentu asalkan tidak bertentangan dengan Islam,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas isu berkenaan.

Ribery Ketepi Messi, Ronaldo Untuk Pemain Terbaik Eropah


Pemain Bayern Munich, Franck Ribery, awal pagi tadi diumumkan sebagai pemenang bagi Pemain Terbaik Eropah UEFA 2012/13 selepas menewaskan pemain Barcelona, Lionel Messi dan pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
Pemilihan pemenang bagi anugerah itu dibuat secara langsung di kalangan wartawan terpilih pada majlis undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara 2013/14.
Namun Ronaldo tidak hadir, menyaksikan hanya Ribery dan Messi berdiri di atas pentas ketika pemenang diumumkan.
Biarpun Ribery tidak memiliki rekod jaringan sehebat Messi atau Ronaldo sepanjang musim lalu, sumbangannya cukup besar dalam membawa Bayern menjuarai tiga piala – Liga Juara-Juara, Liga Jerman dan Piala Jerman.
Ribery mendapat 36 undi, jauh meninggalkan Messi yang mendapat 13 undi manakala Ronaldo hanya menerima 3 undi.

DAP Syok Sendiri Guna Teplika Burung


Tindakan DAP menggunakan replika burung gergasi di Pulau Pinang yang didakwa oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng kononnya sebagai daya tarikan pelancongan baharu ke negeri itu dilihat sebagai syok sendiri bagi mempromosikan partinya.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, dakwaan penggunaan replika burung itu bagi menarik pelancong ke negeri terbabit merupakan alasan semata-mata dan mempunyai agenda politik tertentu.
“Secara umum, replika itu sendiri melambangkan parti DAP dan mempunyai unsur politik. Jadi dengan menggunakan replika itu, Guan Eng sebenarnya memberi publisiti kepada partinya itu, bukan mahu meningkatkan industri pelancongan.
“Malah, kita boleh menilai DAP selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), pemimpin parti itu tidak berputus asa untuk memberi publisiti ke atas parti mereka, antaranya menganjurkan perhimpunan haram dan kini melancarkan replika burung gergasi dengan niat mahu mempromosikan parti mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Woo, di Kuala Lumpur hari ini.
Tiong Lai mengulas penggunaan replika burung gergasi di Dermaga IJM, Promenade Pulau Pinang mulai 13 Julai sehingga 31 Ogos ini.
Sebelum ini, Naib Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan menyelar kerajaan negeri itu bersikap hipokrit apabila mendakwa pelancaran replika burung gergasi di perairan negeri itu bertujuan sebagai daya tarikan pelancongan baharu.
Katanya, tindakan DAP mengapungkan replika setinggi kira-kira tujuh meter berkenaan bukan bertujuan menarik pelancong, sebaliknya dilakukan atas kepentingan politik iaitu mahu mempromosikan parti mereka.
Dalam pada itu, ditanya sama ada kos pelaksanaan replika itu membazirkan wang, Tiong Lai sebaliknya memberitahu perbelanjaan yang digunakan itu ternyata bagi tujuan mempromosi partinya.
“Walaupun projek itu tidak melibatkan peruntukan kerajaan negeri tetapi ternyata kos yang digunakan itu dengan tujuan publisiti parti sahaja bukan untuk tarikan pelancong,” katanya.