Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday, 21 June 2013

Misteri Perkahwinan Antara Manusia Dan Jin


Assalamualaikum kepada semua pembaca setia mazeermohamad.com semoga anda semua sentiasa berada di bawah limpah kurnia yang Maha Esa.

Mengikut pengalaman sendiri, ibu Mazeer pernah menceritakan perihal perkahwinan antara pak cik Mazeer dengan orang bunian. Memang tak masuk akal pada mulanya. Namun, setelah membaca artikel dari Ustaz Haron Din, baru mazeer percaya ianya benar dan boleh berlaku.

Masalah yang sering Mazeer tengok pada pak cik Mazeer tu adalah setiap malam jumaat beliau mesti kelihatan kacak dan bercakap sendiri. Beliau kata isteri bunian dia datang rumah. Benar atau tidak, korang baca artikel di bawah ni.

Soalan

Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.
1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?
Halimatussaadiah
Bota, Perak
Jawapan 1
Puan,
Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya): “Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.W.T.”
Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.
Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility).
Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja Perempuan di negeri Saba’ (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa, salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin, ibunya manusia atau sebaliknya.
Hal ini saya dapati ada tercatat dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk yang kesepuluh halaman 289, ketika membuat tafsiran kepada Surah al-Isra’ ayat 64, yang menyebut firman Allah bahawasanya jin akan berusaha keras memperdayakan manusia untuk menderhaka kepada Allah dengan berbagai-bagai cara.
Mereka menggunakan seni suara (nyanyian), tentera-tentera mereka digunakan, sehingga boleh bermusyarakah bersama untuk mendapatkan harta benda dan anak-anak milik bersama manusia hasil perkongsian dengan makhluk-makhluk halus ini. Disebut di antaranya, berlakulah perkahwinan tadi (ibu bapa Puteri Balqis).
Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah bersabda yang bermaksud, “Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin.”
Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya.

Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.
Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah s.a.w untuk pendakwaan.

Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.
Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 48 (mahfumnya):
“Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya”.
Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentang Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan.
Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.
Jawapan 2
Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma’ bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh.
Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas.
Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah SWT.
Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah.

Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku!

Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka?
Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara.

Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan.

Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku.

Wallahu a’lam.

Tembak Alat Sulit DAN Penggal Kepala Perogol!

SEORANG wanita Turki sedang menunggu perbicaraannya selepas dia ditahan kerana memenggal kepala seorang lelaki yang dikatakan merogolnya berulang kali selama lapan bulan.

Wanita berkenaan membunuh lelaki itu demi maruah diri, kata peguamnya.

Nevin Yildirim, 26, ibu kepada dua cahaya mata, tinggal di sebuah kampung kecil di barat daya Turki.

Menurut sumber yang dekat dengan kes, lelaki durjana itu, Nurettin Gider dikatakan mula menyerang wanita itu beberapa hari selepas suaminya meninggalkannya pada Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.

Tambah sumber itu, Nurettin telah mengancam Nevin dengan pistol dan mengugut akan membunuh anak-anaknya yang berumur dua dan enam tahun jika dia bising.

“Selepas itu, itu adalah pertama kali Nevin dirogol dan kemudiannya perbuatan itu terus berulang selama lapan bulan.


Nevin (gambar kanan, atas) menembak dan memeggal Nurettin yang merogolnya selama lapan bulan. Foto utama menunjukkan kepala Nurettin (dibulatkan). – Foto ihsan crimelibrary
“Pada satu ketika, Nevin berkata, Nurettin menyelinap ke dalam rumahnya ketika dia sedang tidur dan mengambil gambar dia dan salah sekeping gambar itu menunjukkan badannya yang sedang berbadan dua.

“Lebih kejam, Nurettin mengugut untuk menyiarkan gambar jika dia tidak taat kepadanya,” kata sumber itu lagi.

Di kampung-kampung kecil di negara itu, harga diri seorang wanita adalah segala-galanya dan penghormatan itu menjadi beban kepada keluarga mereka.

Sementara itu, gambaran buruk yang berlaku ke atas Nevin, boleh mendatangkan bahaya kepada keluarganya.

Pada 28 Ogos lalu, ketika sedang sarat mengandung lima bulan, Nevin akhirnya memutuskan untuk menghentikan tindakan lelaki itu dari terus merogolnya.

Ketika Nurettin memanjat dinding belakang rumahnya, “saya tahu dia akan rogol saya lagi,” katanya pada pendengaran awal pada 30 Ogos lalu.

Nevin berkata, ketika itu, dia mengambil senapang bapa mertuanya yang tergantung di dinding dan menembaknya.

Nurettin bagaimanapun cuba merampas senapang itu tetapi gagal dan Nevin ‘menghadiahkan’ sedas lagi tembakan.

“Saya mengejar dia,” katanya. “Dia jatuh di atas tanah dan mula mengerang kesakitan. Saya kemudiannya menembak organ seksualnya dan lelaki itu terus diam.

“Saya tahu dia telah mati dan kemudian memotong kepalanya,” katanya.

Saksi kejadian berkata, Nevin berjalan ke sekeliling kampung membawa kepala lelaki itu sambil menggenggam rambutnya.

“Jangan bercakap di belakang saya, jangan bermain dengan penghormatan saya.

“Ini ialah kepala manusia yang bermain dengan penghormatan saya,” katanya kepada seorang lelaki yang duduk di sebuah kedai kopi.

Nevin kemudiannya melemparkan kepala Nurettin ke tanah, kata saksi.

Tidak lama kemudian, jurukamera dari agensi penyiar Turki, DHA yang tiba di tempat kejadian sebelum pihak berkuasa, berjaya merakamkan kepala Nurettin di atas tanah.

Selepas kejadian itu, pihak berkuasa memanggil saksi untuk membantu siasatan dan wanita itu ditangkap.

Nurettin, 35, merupakan bapa kepada dua anak yang berusia sembilan dan 15 tahun. Dia telah berkahwin dengan ibu saudara suami Nevin.

Menurut sumber, ketika diadili, Nevin memberitahu dia menyesali apa yang berlaku.

“Pada mulanya saya ada terfikir untuk melaporkan kejadian yang menimpanya kepada pihak polis ataupun peguam daerah, tetapi saya tidak mahu dikatakan sebagai perempuan murahan.

“Daripada saya mendapat reputasi yang buruk, saya telah membuat keputusan untuk membersihkan maruah diri saya dan membunuhnya.

“Saya juga terfikir untuk membunuh diri tetapi saya tidak tergamak melakukannya,” kata Nevin yang bimbang orang ramai akan menghakimi anak-anaknya atas apa yang berlaku.

“Sekarang tiada siapa yang boleh memanggil anak-anak saya haram.

“Saya telah membersihkan penghormatan saya. Semua orang akan memanggil anak-anak saya sebagai ‘anak-anak wanita yang dibersihkan maruahnya,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, Nevin telah pergi ke sebuah klinik kesihatan untuk melakukan pengguguran, tetapi jururawat memberitahunya adalah mustahil untuk meneruskan hasratnya itu kerana dia sudah 14 minggu hamil.

Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, di Turki, pengguguran dibenarkan hanya semasa 10 minggu pertama kehamilan dan selain itu pengguguran hanya dibenarkan untuk kes-kes untuk menyelamatkan nyawa atau kesihatan ibu atau dalam kes-kes kerosakan janin sahaja.

Sewaktu kes Nevin dibicarakan, dia mengakui tidak mahu menjaga bayi itu dan lebih rela mati.

Pejabat pendakwa raya telah mengarahkan pemeriksaan perubatan dijalankan ke atasnya untuk mematikan sama ada Nevin pernah membuat pengguguran yang mungkin mengganggu kestabilan mentalnya, kata sumber itu.

Bapa Nevin, Zekeriya Yildiz berkata, DNA anak perempuannya menunjukkan tidak ada elemen sumbang muhrim di kalangan keluarganya.

“Jika dia ada memberitahu kami, kita akan mengambil langkah berjaga-jaga lain,” katanya.

Sementara itu, Nevin kini ditempatkan di penjara tempatan sementara menanti hari perbicaraan.

Dalam satu laporan tahun lepas, kumpulan pemerhati Hak Asasi Manusia menjelaskan bahawa terdapat jurang dalam undang-undang Turki di mana gadis dan wanita tidak dilindungi daripada penderaan domestik.

Mereka mendapati, kira-kira 42 peratus wanita yang berusia lebih 15 tahun tinggal di bandar dan 47 peratus wanita berada di luar bandar dilaporkan mengalami keganasan fizikal atau seksual sama ada oleh suami atau pasangan mereka.

“Dia telah hidup dalam trauma yang sangat dahsyat.

“Dia mesti didakwa kerana mempertahankan diri,” kata ahli sosiologi di Universiti Akdeniz dan ahli Organisasi Sokongan Wanita Antalya, Gursel Oztunali Kayir.

KEJAM!!! Tikam Bayi Baru Lahir Dan Buang Dalam Semak


Seorang ibu tidak berhati perut di Jawa Barat ditahan, kelmarin kerana cuba membunuh anaknya, yang lahir minggu lalu, dengan menikam dan meninggalkan bayi itu dalam semak. Siti Sundari, 18, dipercayai melahirkan bayi lelaki di bilik sewa di Cikeas Udik, Bogor, Jumaat lalu.

Bayi mangsa kejam ibunya kini stabil di sebuah hospital.
“Gara-gara malu melahirkan anak tidak sah taraf, suspek telah bertindak di luar kawalan dan berniat untuk membunuhnya,” kata ketua detektif balai polis Gunung Putri, Donggor Panjaitan. Menurutnya lagi, tangisan kuat bayi berumur tiga hari itu menyebabkan penduduk sekitar kawasan tersebut menemuinya dalam keadaan menyedihkan dengan kesan luka sepanjang 11.5 sentimeter di belakang tubuhnya pada malam Isnin lalu.

Semasa soal siasat oleh polis, Siti mengaku dia melakukan tindakan kejam tersebut kerana tidak mampu untuk membesarkan anaknya. Dalam perkembangan terbaru, jururawat di Hospital Besar Cibinong menyatakan bayi seberat 2.17 kilogram itu kini semakin sembuh walaupun luka tersebut nyaris meragut nyawanya.

Sementara itu, ibunya telah dihantar ke Hospital Kramat Jati di Jakarta Timur untuk menjalani ujian psikiatri.

MM : Zina itu haram! Disaat kemaluan lelaki menyentuh kemaluan wanita, terputuslah segala amalan lelaki itu dan wanita itu sudah pastinya akan ditempatkan di neraka kelak.. Zina langsung tidak membawa kebaikan dan hanya membawa lagi banyak keburukan.. Semoga hidayah Allah sentiasa bersama kita semua.. Insyaallah!

Pelajar Buang Bayi Ke Dalam Sungai!


Dua remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki membuang bayi yang baru dilahirkan oleh seorang pelajar perempuan sekolah agama yang juga rakan sebaya mereka ke dalam sungai di sini malam kelmarin.

Bayi perempuan yang cukup sifat itu dicampak dua remaja terbabit dari sebuah titi ke dalam Sungai Berembang di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat di sini kira-kira pukul 9.20 malam.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Harun berkata, dua suspek tersebut iaitu seorang sepupu serta teman lelaki kepada pelajar perempuan yang melahirkan bayi itu dan ketiga-tiga mereka bersekolah di tingkatan lima sebuah sekolah menengah agama di sini.

“Komplot mereka terbongkar setelah ibu bayi tersebut mengaku kepada doktor yang merawatnya setelah pelajar itu mengalami komplikasi pendarahan selepas melahirkan bayi itu.

“Ekoran itu, doktor berkenaan memaklumkan kepada polis. Siasatan dijalankan serta-merta sehingga penahanan dua remaja terbabit dan mencari lokasi bayi tersebut dibuang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dirogol Dan Dibakar Hidup2..



Tiga suspek untuk cuba membunuh seorang wanita umur 18 tahun. Mereka mengatakan ia bermula apabila merosot mereka mula minum arak, bersama-sama dengan beberapa "kawan" yang menyertai parti itu di rumah salah seorang daripada mereka.

Apabila mereka telah mabuk, memberi bahan untuk gadis itu untuk tidur. Selepas itu, anak-anak mengambil peluang untuk memberi melepaskan kepada naluri rendah mereka, merogol gadis sehingga dia rebah. Untuk memburukkan lagi keadaan, salah seorang daripada mereka datang dan mencekik gadis itu, pemikiran dia telah mati, mereka membawanya kepada belakang rumah, meletakkan serpihan sekitar dan mula membakar. 

Gadis itu bangun dan mula menjerit meminta pertolongan, sehingga ia telah didengar oleh jiran dan dibawa ke hospital dengan terbakar mendalam lebih separuh tubuhnya.












Mati Di Kenduri Pirana


Seorang remaja dipercayai membunuh diri selepas terjun ke dalam sungai yang penuh dengan piranha, ikan yang memakan daging.

Polis berkata, nelayan tempatan berusia 18 tahun itu dimakan hidup-hidup selepas terjun dari kanunya ke dalam sungai di timur laut Bolivia, minggu lalu.

Polis tempatan, Daniel Cayaya berkata, remaja itu dipercayai mabuk ketika itu.




Kejadian berlaku di Rosario del Yata, 640 kilometer ke utara La Paz, ibu negara Bolivia.

Kejadian itu hanya diketahui semalam selepas ia dilaporkan oleh sebuah stesen radio tempatan.

Menurut Cayaya, pihaknya mengesyaki suspek membunuh diri kerana dia adalah nelayan di wilayah berkenaan yang tahu mengenai Sungai Yata dan hidupan di dalam sungai itu. 

Peralatan Untuk Membunuh Pontianak

ALAT MEMBUNUH PONTIANAK PADA TAHUN 1890 | Di dalam kotak itu terdapat, Kapak kecil, satu botol sulfur, pistol, air suci, paku kayu, Kitab Suci dan picagari. Terdapat juga gambar mangsa serangan pontianak pada ketika itu.

Kotak ini menjadi perbahasan akan kesahihannya kerana pisau di dalam kotak itu bukan datang dari zaman 1800, surat itu juga ditaip pada tarikh 1849 tapi pada tahun 1849 mesin taip masih belum dicipta.

Karya seni atau sejarah?

Betul atau Bohong?








Thursday, 20 June 2013

Kanak-kanak Di Rantai Seperti Anjing


Di cina...Kanak-kanak Di Rantai Seperti Anjing berusia 12 tahun!! kanak- kanak terencat akal ini duduk di rantai selama hampir tiga tahun! Bapanya kepada budak yang dirantai menjelaskan , bahawa dia tidak mempunyai masa untuk menjaga anak yang sakit. Bapanya bekerja di syarikat  dan beliau berkata budak lelaki itu hanya akan lari dan tersesat di bandar. Seorang kanak-kanak yang sakit tidak boleh bercakap, dan makan hanya dengan tangannya. 








Muzeum Mayat Di Thailand..seram