Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday, 30 November 2013

Dilarang Sebut Indon


Pihak berkuasa imigresen Kalimantan melarang orang ramai menyebut ‘Indon‘ bagi mengelar warga Indonesia di Pelabuhan Tunon Taka, Nunukan, Kalimantan, Indonesia.

Dipetik Jakarta Post, ketua pegawainya, Hasan Basri berkata, perkataan ‘Indon‘ membawa maksud ‘budak’ atau ‘pelacur’ dalam bahasa Arab.

“Masyarakat negara jiran selalu menyebut Tenaga Kerja Indonesia (TKI) kita dengan sebutan ‘Indon‘, panggilan ini sungguh kasar dan memperlekehkan bangsa Indonesia,” katanya.

Menurutnya, tidak susah untuk menyebut ‘Indonesia’ bagi negara serumpun.

Kini, pelabuhan yang menjadi depoh keluar dan masuk warga Indonesia tertera kenyataan, “Dilarang Menyebut Kata-kata (Indon), dan sebenarnya ialah (Indonesia). – Sinar Harian

Kakinya Lebih Besar Dari Tubuh

Yu Yu berusia 3 tahun dan mengalami masaalah yang sangat menyedihkan. Yu yu adalah seorang budak yang sukar berjalan kerana mempunyai kaki yang lebih besar daripada badannya. Pada masa ini Yu Yu terpaksa berjalan tanpa kasut. Ini kerana tiada lagi kasut yang sepadan dengan saiz kaki nya.

Kanak-Kanak Ini Tak Boleh Henti Ketawa

PRESTON: Seorang kanak-kanak menghidap masalah neurologi yang jarang berlaku, yang membuatnya tidak berhenti ketawa.

Elliot Eland dari Preston, Lancashire, dilahirkan dengan menghidap sindrom Angelman, kecelaruan kromosom yang menyebabkan kesukaran belajar dan sentiasa tersenyum.

Penghidap sindrom itu menunjukkan perilaku riang, selalu tersenyum atau ketawa dan kelihatan begitu mudah gembira.

Sindrom itu begitu jarang dihidapi hinggakan kurang daripada 1,000 kes dilapor di Britain.

Ibu Elliot, Gale berkata: “Apabila kami bersedih, ketawa Elliot akan membantu kami melupakan masalah yang dihadapi. Anda hanya perlu melihatnya dan ketawanya akan membuat kami gembira semula.


“Sekiranya anda mempunyai anak, anda pasti mahu mereka gembira. Elliot sentiasa gembira.”

Menurutnya, satu-satunya masalah ialah apabila Elliot bermain dengan abangnya, Alex.


“Apabila Alex secara tidak sengaja disakiti Elliot, dia akan menangis. Tetapi Elliot akan terus ketawa. Ia merisaukan kerana kami tidak mahu Alex menyangka Elliot gembira apabila dapat menyakitinya,” kata Gale.

Gale, 41, dan suami, Craig, 34, hanya menyedari keadaan sebenar Elliot apabila dia berdepan dengan masalah makan ketika bayi.

“Saya tidak menyangka Elliot berdepan dengan masalah lebih besar. Saya mulanya menyangka dia menghadapi masalah makan,” kata Gale.

Pada minggu keenam pemeriksaan kesihatan, doktor berkata, Elliot kelihatan terlalu kurus dan merujuknya ke Hospital Royal Preston serta diperiksa oleh pakar pediatrik yang serta-merta mengarah kanak-kanak itu dimasukkan ke wad.

Ketika di hospital, kanak-kanak itu menjalani pelbagai ujian darah, imbasan MRI dan sinar-X. Mujur pakar pediatrik itu pernah berdepan dengan pesakit Sindrom Angelman dan menjalankan ujian darah ke atas Elliot. 

“Saya mula bimbang apabila diberitahu dia perlu menjalankan ujian genetik itu. 

“Kami benar-benar terkejut apabila keputusan ujian menunjukkan positif dan dimaklumkan dia menghidap Angelman. Saya tidak pernah mendengar mengenai penyakit itu sebelum ini,” kata Gale.

Pakar perubatan menggalakkan pasangan suami isteri untuk menjalankan penyelidikan mengenai penyakit itu di Internet.

“Ketika dalam perjalanan pulang, suami saya mencari maklumat mengenai sindrom Angelman menerusi telefon bimbitnya.

“Dia mula membaca mengenainya dan akhirnya saya menangis hingga terpaksa memberihentikan kereta di tepi jalan.

“Sukar untuk kami menerimanya kerana tidak banyak yang kami tahu mengenai sindrom itu. 

Ibu bapa Elliot juga berkata, mereka melihat senyumannya dari sudut yang menggembirakan.

“Kami sentiasa menganggap dia sentiasa gembira. Kami tidak pernah memikirkan ia adalah kesan daripada simptom yang lebih serius,” kata Gale. - DM

Inilah Wasiat Imam Hassan Al-Bana


10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna


1) Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.


2) Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah, Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.


3) Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.


4) Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.


5) Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.


6) Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.


7) Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.


8) Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.


9) Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adlaah cinta dan saling kenal mengenal.


10) Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.

Pertempuran Terakhir Pahlawan Pahang

Pada tahun 1894, satu serangan yang telah lebih dahulu dirancang dan disusun di Terengganu dan dengan sokongan senjata dan tenaga orang-orang dari Trengganu dan Kelantan, dan dipimpin oleh pahlawan- pahlawan Pahang yang terdiri dari To' Gajah, Bahaman, Mat Kilau, Awang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, dan Mat Lela telah berjaya menawan kubu Inggeris di Jeram Ampai.


Serangan ke atas kubu Jeram Ampai ini adalah merupakan serangan yang pertama dalam perlawanan tahap kedua. Perlawanan tahap kedua ini telah menampakkan coraknya yang tersendiri. Hal ini ditandai dengan nyaringnya teriakan perang sabil melawan kafir. Perubahan ini berlaku hasil dari pertemuan pejuang-pejuang Pahang itu dengan Engku Saiyid dari Paloh (seorang tokoh agama yang alim di Trengganu - Tokku Paloh) pada bulan Mei (1894) di suatu tempat di Kuala Tembeling bemama Seberang Engku Ngah. Engku Saiyid telah membangkitkan semula semangat perjuangan pejuang-pejuang Pahang dan menyerukan perang sabil terhadap orang-orang kafir. Dengan pengaruh Engku Saiyid ini seramai kira-kira 200 orang dari daerah Besut (Trengganu) dan daerah Lebir (Kelantan) telah menggabungkan did dengan pasukan Pahang itu, dan dibantu pula oleh Sultan (Trengganu dan Kelantan) dan pembesar-pembesarnya.

Persiapan-persiapan untuk menyerang Jeram Ampai ini dibuat dengan rapinya, dan senjata serta ubat-ubat bedil diseludupkan dari Singapura oleh seorang Kelantan bernama Awang Ngah. Kekuatan pasukan ini berpusat di Paloh (daerah pengaruh Engku Saiyid). Sementara rancangan pasukan Pahang ini dijalankan dengan rapi pihak Inggeds masih terus menjalankan usaha memujuk Dato' Bahaman dan To' Gajah supaya menyerah diri dengan menghantar tiga orang utusan iaitu To' Muda Akir, Wan Husin dan Awang Tanggok. Persiapan itu dijalankan begitu rapi hinggakan ketiga-tiga orang utusan itu (yang tinggal di kubu pejuang Pahang hingga ke saat-saat menjelang penyerangan terhadap Jeram Ampai) tidak dapat menghidu rahsia itu.

Rancangan yang telah dirancangkan dan disusun. dengan rapi di Kelantan dan Trengganu itu telah dilaksanakan dengan jayanya. Dengan mudahnya kubu Inggeris di Jeram Ampai yang dikawal oleh 11 orang Polis Sikh itu ditawan. Mengikut rancangannya sesuatu serangan itu akan dilakukan dengan cepat dan musuh-musuh yang ada di dalam kubu dihapuskan semuanya. Bagaimanapun rancangan itu telah gagal disebabkan terlepasnya seorang polis Sikh yang mendapat luka parah. Dalam keadaan luka parah polis Sikh ini telah dapat memberikan laporan kepada Panglima Garang Yusuf, laporan mana segera diteruskan ke Pekan. Dari Jerarn Ampai, Dato' Bahaman, Iman Perang Rasu dan Mat Kilau meneruskan perjalanan ke Pulau Tawar untuk menghubungi To' Raja dan Panglima Garang Yusuf untuk sekali lagi meminta ketegasan kedua-dua tokoh itu sama ada menyebelahi pihak pejuang Pahang ataupun Inggeris, sementara Mat Kelubi dan pasukannya menuju ke Kuala Lipis untuk menghadapi kemungkinan Inggeds menyerang dari arah itu.

Setelah tidak berjaya memujuk To' Raja dan Panglima Garang Yusuf, Dato' Bahaman, Imam Perang Rasu dan Mat Kilau kembali ke Jeram Ampai sementara kedua-dua pembesar yang pertama disebutkan itu memperkuat kedudukan di kedua-dua belah tebing Sungai Tembeling. Pasukan inilah yang kemudiannya telah menyerang Mat Kelubi dan lima orang pengikutnya di Sungai Tembeling yang kemudiannya gugur di Kampong Bandar pada 17hb Jun, 1894. Pada 29hb Jun, 1894 Jeram Ampai ditawan semula oleh Inggeris yang terdiri daripada pasukanpasukan. Polis Sikh Perak dan Selangor serta pasukan-pasukan Tok Garang Yusuf dan Tok Muda Akir.   

Walaupun kubu Jeram Ampai dapat direbut dengan mudah tetapi serangan ini amat mengecewakan Inggeris, Para Pejuang Pahang yang masih hidup telah dapat melepaskan diri dari serangan dan kepungan Ialu berundur ke Trengganu dan Kelantan. Walaupun usaha-usaha mengesan jejak mereka dilakukan secara besarbesaran ia tidak mendatangkan hasil. Akhirnya ia terpaksa ditamatkan pada bulan November, 1895. Peristiwa pertempuran di Jeram Ampai ini adalah merupakan periempuran berhadapan yang terakhir dalam keselutuhan perlawanan Pahang yang dimulai pada tahun 1891 itu.

sumber: arkib negara online

menurut sumber lain yang admin tahu, sebenarnya polis sikh itu memang sengaja dibiarkan hidup untuk memberitahu apa yang berlaku. Manakala Mat Kelubi tidak mati dalam serangan sewaktu mereka di sungai kerana Mat Kelubi dikatakan mampu untuk tahan di dalam air dalam tempoh yang lama. Tetapi ada juga versi yang mengatakan pahlawan Mat Kelubi telah meninggal waktu itu.  - HANYA ALLAH YANG LEBIH MENGETAHUI

Gambar India Di Tahun 1908

Kita sering digambarkan oleh golongan barat tentang kemiskinan negara Asia sekitar tahun 1900-+. Kononnya hanya mereka yang maju. Mari tengok negara India suatu ketika dulu. Ternyata mereka mempunyai tamadun yang hebat..

China Pamer Armada Kapal Selam Nuklear


BEIJING - China mempamerkan armada kapal selam nuklearnya, lapor media pemerintah negara berkenaan.

Media pemerintah melaporkan langkah tersebut penting untuk membuktikan bahawa China berupaya melancarkan serangan ketika ketegangan serantau semakin memuncak.

Menurut akhbar Global Times, kapal selam berkuasa nuklear China yang pertama dilancarkan pada tahun 1970-an.

"China memiliki keupayaan melancarkan serangan nuklear sekunder," menurut akhbar berkenaan di laman editorialnya semalam.

"Sebahagian negara tidak menimbang faktor ini dengan serius apabila menggubal dasar mereka mengenai China," tambahnya.

Laporan media itu memberi tumpuan pada kapal selam nuklear lama iaitu kelas Xia berbanding armada kelas Jin yang lebih baharu.

Kapal selam nuklear pertama China ditamatkan perkhidmatannya baru-baru ini selepas beroperasi lebih 40 tahun.

Pameran kuasa ketenteraan itu dibuat ketika hubungan negara itu dengan Jepun semakin dingin berhubung tuntutan bertindih Kepulauan Senkaku yang dituntut oleh China.

Beijing menggelarkan gugusan pulau itu sebagai Diaoyu. - AFP

Ribuan Kura-kura di Bunuh Sempena Upacara Tahunan di India


Ribuan  kura kura harus mati setiap tahun demi upacara tradisional di india  untuk penyembahan dewi dalam agama mereka ,  kura kura biasa digunakan dalam tradisi perayaan di India dan kadang-kadang juga di jual ke negara lain untuk bahan ubat-ubatan.Dikatakan,banyak kura-kura  dipukul dahulu dan sembelih, termasuk kura-kura terancam Bada Chur, Bangladesh .Setelah penyu itu disembelih, pelbagai jenis daging kura-kura segar, ianya telah dijual kepada pelanggan pada harga kira-kira 10 hingga $ 60.

Sebahagian kura-kura, selepas proses pengeringan, digunakan sebahagiannya untuk pemprosesan makanan, sebahagian besar telah dihantar ke Asia Tenggara terutama sekali di negara cina untuk pengeluaran ubat-ubatan tradisional .

Kejam: Potong Telinga


Mereka berasa sangat besar dan cukup hebat di dunia ini bila dapat menghiris telinga manusia lain sambil gelak ketawa bersukaria. 

VIDEO: http://bit.ly/U5nO4Y 

Pensyarah ‘Nikmati’ Dua Gadis Dalam Kereta


Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) menahan empat remaja perempuan berusia antara 16 hingga 22 tahun kerana berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai di sebuah stesen minyak di Kulim, kira-kira jam 2.45 pagi.

Ketika ditahan, dua perempuan bersama seorang lelaki berusia 20an dipercayai bekerja sebagai seorang pensyarah berkelakuan mencurigakan dalam kereta jenis Perodua Viva yang diletakkan di tepi stesen minyak terlibat.

Setelah pemeriksaan, pegawai penguatkuasa PADK membawa kesemua terlibat ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan sebelum menjalani ujian saringan air kencing di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.

Dari pemeriksaan, salah seorang remaja perempuan berusia 16 tahun itu sudah seminggu lari dari rumah dan tinggal bersama temannya di Bukit Mertajam. Memandangkan suspek masih di bawah umur, polis telah mengarahkannya menghubungi keluarga sebelum dibawa pulang ke rumah.

Menurut suspek, dia mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama kekasihnya ketika tidur bersama di ruang tamu rumah rakan ditumpanginya.

Polis kemudiannya memaklumkan mengenai kejadian itu kepada waris.

Kerana tidak puas hati dengan kejadian berlaku, suspek bersama ibu membuat laporan polis di Pulau Pinang dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Budak 9 Tahun Sudah Jadi Pelacur?

MSNBC melaporkan terdapat pusat pelacuran di sebuah negara yang menawarkan khidmat seks daripada kanak-kanak perempuan yang berumur seawal 9 tahun!
 
Mengikut maklumat yang diberikan, kesemua kanak-kanak perempuan ini telah dilatih sebaiknya agar dapat memberikan kepuasan sepenuhnya kepada pengunjung..
 
MSNBC dijangka akan mendapat tentangan hangat akibat penyebaran berita yang sangat mengejutkan ini..

Budak Enam Tahun Juruhebah Termuda


Buku Rekod Guinness menamakan seorang budak perempuan berumur enam tahun, Amber Jacobs sebagai juruhebah paling mudah dalam gelombang udara.


Pada umur enam tahun, Amber  atau dikenali sebagai DJ AJ dikategorikan sebagai kanak-kanak matang, menjadi tajuk utama apabila berkongsi muzik yang digemarinya bersama pendengar selain tampil sensasi dalam internet.

Kehebatan Amber terdedah sejak enam bulan lalu, apabila dia membantu bapanya, Steve, seorang pengarah stesen radio internet TBFM Online memilih lagu untuk disiarkan.

Amber kini memiliki slotnya sendiri yang dikeudarakan dalam segmen bapanya dan Amber  bertanggungjawab memilih dan memainkan lagu selain bercakap dan memberi isyarat muzik.


Dalam satu temu bual bersama akhbar harian Britain, The Sun, Steve memberitahu anaknya itu sentiasa menari sebaik sahaja beliau menyiarkan muzik yang digemarinya di dalam studio. 

Tikam Kepala Dengan Pisau


Dia menikam laju-laju dikepala mangsa, setiap kali pisau diangkat kepala mangsa akan melekat bersama pisau itu dan dilakukannya berterusan hinggalah puas dendam kesumatnya pada penduduk Islam Sunni. Itulah antara kekejaman-kekejaman tentera Syiah yang tidak terdapat dalam media-media massa tempatan.

Untuk pengetahuan, penduduk awam di Syria dalam posisi mempertahankan diri. Mereka lebih rela mati Syahid mempertahankan diri dari mati bersahaja disembelih oleh askar-askar rejim Assad laknatullah. 

Lihat video kejam ini sebelum youtube memadamnya:
VIDEO: http://bit.ly/QeGCO4 (21SG)

Wanita Ditikam, Pisau Masih Diperut


Kejadian ini berlaku di bandar Kota Kinabalu. Wanita ini sedang menunggu rakannya diluar pintu masuk sebuah Hotel Horizon di Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan terapi. Tiba-tiba wanita ini didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan cuba untuk merampas beg tangan dan telefon bimbit wanita tersebut.

Lelaki ini telah mengeluarkan pisau untuk mengugut wanita ini. Namun wanita tadi tidak memberikan juga beg tangan dan telefon bimbitnya. Akhirnya lelaki itu terus menikam bahagian perut wanita ini. Wanita ini menjerit untuk meminta tolong.  Nasib baik pengawal keselamatan yang berada berhampiran mendengar jeritan wanita tersebut dan menyelamatkannya.

Cicak Ini Masih Hidup Walaupun Telah Dimakan Ikan??

Haiwan kecil ini telah ditelan oleh seekor ikan di daerah terpencil sungai Cape York dan telah dicerna sebahagian ketika ikan itu tertangkap oleh seorang nelayan. Ikan Saratoga banyak dicari oleh pemancing kerana kesediaannya untuk menyerang sesuatu yang bergerak dan sangat digemari oleh pemancing.

John Berzins, seorang pemancing Amerika Syarikat, sedang memancing dengan ditemani Al Simson di Sungai Doughboy di sisi barat bahagian utara Cape York minggu ini ketika ia menangkap ikan ini.


Ketika mereka mengambil foto ini ikan  memuntahkan makanannya yang terakhir, seekor cicak yang jelas sepatutnya sudah mati.Mata cicak itu menunjukkan ia tidak bernyawa.


Tetapi  sebuah keajaiban terjadi, mata cicak itu kelihatan hitam semula dan dia mula bergerak


Cicak itu dikeluarkan dengan  bantuan dari pemancing, ia merangkak dari rahang pemangsanya. Ada beberapa bekas gigitan di punggung dan bahagian ekor sebahagian sudah dicerna, tapi ketika mereka meletakkan kembali di tepi sungai cicak itu bergegas pergi.

"Kami menyaksikan keinginan kuat untuk bertahan hidup," kata Simson. "Kadal itu mungkin melambatkan detak jantung agar tetap hidup untuk jangka waktu tertentu di bawah air tanpa udara."

Lelaki Ini Makan Kucing??


Seorang lelaki tidak berumah ditangkap selepas didakwa membunuh seekor kucing dan memakannya di sebuah gudang. Pemilik bangunan itu menelefon polis selepas menyedari ada sesuatu yang tidak kena di dalam gudang itu.


Polis yang memasuki gudang berkenaan menemui Russell Christopher Hofstad (gambar) di dalam dengan mukanya bercat and ekor serta sebahagian tali perut haiwan itu tergantung pada lehernya.


Polis menemui bahagian lain kuncing itu di tengah gudang. Hosstad memberitahu polis, dia mahu menggunakan tulang kucing itu sebagai barang hiasan. - AFP

Kisah Hero Kucing Derita Kena Potong Kaki Meninggal Dunia

Kisah Hero atau Iyo kucing derita akibat kena potong kedua belah kaki sudah mati meninggal dunia. Ini merupakan berita yang menyayat hati buat penggemar kucing khususnya di Malaysia. Berita kematian Hero turut disebarkan oleh pemiliknya iaitu Mohd Hairey Yahya atau lebih dikenali sebagai Papa Hero pada ahad 24 November 2013. Hero adalah kucing yang pernah mencetus ikon kepada pencinta haiwan apabila Hero ditemui masih bernyawa dengan kedua belah kakinya dipotong pada mei 2005 hanya disebabkan mencuri seekor ikan di sebuah Restoran.

hero

Kisah Hero Kucing Kena Potong Kaki
Hero adalah nama yang diberikan oleh seorang insan bernama Mohd Hairey Yahya atau digelar sebagai Papa Hero yang telah menjaga kucing malang itu. Pada awal bulan mei tahun 2005, Hero telah mengalami kecacatan kekal apabila kedua belah kakinya dipotong hanya setelah mencuri ikan disebuah restoran oleh seorang individi yang tidak berhati perut. Mujurlah Mohd Hairey Yahya yang juga merupakan insan yang gemar akan kucing menemui Hero dan telah memelihara kucing tersebut. Pada waktu itu, Hero ditemui dalam keadaan yang terseksa dengan berlumuran darah pada bahagian kedua belah kakinya. Setiap hari Hero menderita kesakitan akibat insiden kejam tersebut. Hanya berbekalkan ubat gamat, Hero yang dibawah penjagaan Mohd Hairey disembuhkan dalam masa lebih kurang sebulan. Kisah Hero yang menderita akibat kakinya kudung turut mendapat liputan media secara meluas selepas insiden itu tersebar dilaman sosial.

Punca Kematian Hero
Hero disahkan menghidap penyakit Leukemia dan disahkan mati pada 24 November 2013. Kematian tersebut turut disahkan oleh pemilik kucing tersebut menerusi laman rasmi ” KakiMotong FanClub”.

Gambar Terakhir Hero Setelah Disahkan Positif Leukemia

Biodata Papa Hero Pemilik Hero

Nama Penuh: Mohd Hairey Yahya
Nama Samaran: Papa Hero
Umur: 34 Tahun
Hobi: Pengumpul kucing terbiar
Laman Rasmi:
Video Kisah Hero Kucing Derita Kaki Dipotong
Gambar Hero Dalam Kenangan
hero-5