Thursday 25 July 2013

Empat Sahabat Maut Kereta Rempuh Treler


Hari kelapan umat Islam berpuasa menjadi Ramadan terakhir bagi empat sahabat apabila terbunuh selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka merempuh sebuah treler sarat muatan bijih besi sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Honda yang berada di belakang, di Kilometer 18, Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, dekat Bandar Damansara, malam kelmarin.
Mangsa terbunuh di tempat kejadian adalah pemandu kereta, Mohd Shahhidan Shaari, 26; Mohd Shahafiz Othman, 22 dan Muhd Taufik Abd Rahman, 20, masing-masing dari Kampung Gong Pasir dan Kampung Sura Hujung, Dungun, Terengganu.
Seorang lagi penumpang, Ahmad Nazrin Hafizi Abdul Latif, 19, dari Kampung Sura Hujung meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan (HTAA), di sini, pada jam 6 pagi semalam, manakala seorang lagi rakan mereka, Wan Samsiah Wan Abdul Ghani, 16, dari Jalan Nibong Stesen, Dungun, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.


Ketika kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Dungun sebelum singgah sebentar di bandar ini selepas pulang dari Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, bagaimanapun pemandu kereta Honda, Mohd Najib Mohamad Don, 31, bersama isteri, Nur Anisa Ali, 29, dan seorang anak perempuan mereka berusia lapan bulan, Anis Umaira yang dalam perjalanan dari Rompin ke Kampung Kubang Tangga, Terengganu tidak cedera.


No comments:

Post a Comment