Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 4 August 2013

Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Maut Kemalangan



Seorang penuntut wanita maut manakala dua lagi parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar pokok di lebuh raya Changlun-Kuala Perlis dekat Kangar hari ini.
Ainun Izzaty Mat Jamil, 19, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, kata polis.
Pemandu kenderaan itu, Siti Nur Amalina Mohd Rashid, 19, dan penumpang hadapan Azwani M. Saad, 19, yang cedera parah kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Jurucakap polis berkata penuntut politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh itu bersama dua lagi rakannya dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Perlis pada pukul 8 pagi.
Mereka dikatakan menuju ke Kuala Perlis untuk menghantar kenderaan yang mereka sewa itu, katanya.



No comments:

Post a Comment