Sunday 1 September 2013

8 Fakta PTPTN yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memohon


8 Fakta PTPTN yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memohon

1. PTPTN dan Akses kepada Pengajian Tinggi
  • Sebelum penubuhan PTPTN pada tahun 1997, kerajaan hanya mampu menyediakan biasiswa untuk sekitar 26,000 orang pelajar sahaja setahun.
  • Ini bermaksud, ramai pelajar yang layak ke IPT tidak mendapat penajaan khususnya dalam kalangan mereka yang miskin dan berpendapatan sederhana.
  • Hari ini PTPTN telah berjaya meningkatkan akses kepada pengajian tinggi. Pada tahun 2011, sejumlah 227,209 orang pelajar telah mendapat manfaat daripada pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi.
2. Pengecualiaan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
  • Pelajar dikecualikan daripada membayar balik pinjaman PTPTN sekiranya lulus dengan cemerlang dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas Pertama.
  • Tiada had atau kuota untuk pengecualiaan ini dan sehingga 31 Disember 2011, seramai 11, 764 orang pelajar telah diberikan pengecualiaan bayaran balik melibatkan jumlah pelupusan sebanyak RM339.07 juta.
3. Komponen Sara Hidup Dalam Pinjaman PTPTN
  • Untuk pelajar IPTA, hanya 30% sahaja daripada jumlah pinjaman yang diterima oleh pelajar digunakan untuk bayaran yuran pengajian.
    Manakala baki 70% lagi digunakan untuk sara hidup.
  • Untuk pelajar IPTS, 70% daripada jumlah pinjaman yang diterima oleh pelajar digunakan untuk bayaran yuran pengajian. Manakala baki 30% lagi digunakan untuk sara hidup.
  • Tanpa pinjaman PTPTN, pelajar akan kehilangan sumber utama untuk membiayai sara hidup mereka sepanjang tempoh pengajian.
4. Kerajaan Membiayai Faedah Pinjaman PTPTN
  • Bagi membiayai pinjaman pelajar, PTPTN telah membuat pinjaman dari institusi kewangan tempatan dan dikenakan faedah pinjaman di antara 4% – 5% setahun.
  • Kadar faedah 4% – 5% di atas pinjaman ini ditanggung oleh kerajaan dan bukan pelajar. Untuk tempoh 2004 – 2011, kerajaan membelanjakan RM3.62 bilion untuk kadar faedah di atas.
  • Kadar upah 1% yang dikenakan ke atas pelajar adalah untuk kos pengurusan PTPTN yang telah menggunakan konsep ujrah berdasarkan sistem kewangan Islam.
5. Prestasi Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
  • Sehingga 31 Disember 2011, seramai 742,924 peminjam atau 83% daripada 887,376 telah mula membuat bayaran balik pinjaman.
  • Jumlah bayaran balik pinjaman yang telah diterima sehingga 31 Disember 2011 ialah RM2.96 bilion (55%) daripada jumlah RM5.41 bilion yang sepatutnya dibayar balik.
  • Jumlah bayaran balik pinjaman ini akan meningkat apabila kedudukan ekonomi peminjam telah bertambah baik dan peminjam mampu untuk menambah jumlah bayaran balik setiap bulan.
6. Subsidi Yuran Pengajian IPTA
  • Kerajaan telah mensubsidikan yuran pengajian di IPTA di antara 85% hingga 95% bergantung kepada bidang pengajian.
  • Sebagai contoh, pelajar kejuruteraan di UKM hanya membayar RM5,600 sahaja untuk yuran pengajian bagi tempoh 4 tahun pengajian berbanding yuran pengajian sebenar iaitu RM61,200. Dalam erti kata lain, pelajar hanya membayar 9.2% sahaja dan baki 90.8% lagi dibiaya oleh kerajaan.
  • Pada 31 Disember 2011 seramai 508,256 orang pelajar sedang mengikuti pelbagai bidang pengajian di IPTA dan semua pelajar ini mendapat subsidi di atas.
7. Betulkah Finland Menawarkan Pendidikan Percuma?
  • Betul, tapi bandingkan fakta-fakta berikut: 
  • Fakta A: Finland dengan enrolmen pelajar seramai 169,000 orang telah menawarkan pengajian tinggi percuma TETAPI Malaysia dengan enrolmen pelajar IPTA seramai 508,256 orang mampu memberikan subsidi yuran pengajian tinggi sehingga 95%; dan
  • Fakta B: Finland dengan kadar cukai maksimum 53% telah menawarkan pengajian tinggi percuma TETAPI Malaysia dengan kadar cukai maksimum 26% mampu memberikan subsidi yuran pengajian tinggi sehingga 95%.
  • Dalam erti kata lain, pendidikan percuma di Finland dibiaya oleh dana awam sepenuhnya melalui kadar cukai yang tinggi tetapi Malaysia degan kadar cukai separuh daripada apa yang dikenakan oleh Finland mampu memberikan subsidi yuran sehingga 95% kepada lebih 500,000 orang pelajar IPTA setahun; dan
  • Malaysia juga turut membelanjakan lebih RM20 bilion setahun untuk subsidi bahan api dan keperluan harian rakyat (gula, tepung, minyak masak dan lain-lain).
8. Betulkah Turki Menawarkan Pendidikan Percuma?
  • Tidak betul, Turki juga mengenakan yuran pengajian di peringkat tertiari dan pasca siswazah DAN keadaannya sama seperti Malaysia.

No comments:

Post a Comment