Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 14 September 2013

Bayi Berusia Enam Bulan Mangsa Dera, Meninggal Dunia


Seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang dipercayai menjadi mangsa dera ketika berada di rumah pengasuhnya di Jalan Teluk Gadung Kecil, Klang, meninggal dunia hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop memberitahu Bernama Nur Sofea Insyirah Mohd Sharil meninggal dunia kira-kira pukul 2.25 petang ini di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Mangsa dimasukkan ke hospital itu sejak Selasa selepas dipindahkan dari Hospital Pantai Klang.
Bapa mangsa, Mohd Sharil Ahamad, 28, memasukkan anaknya ke Hospital Pantai Klang pada malam Isnin selepas bayi itu tidak sedarkan diri.
Mohd Sharil kemudian membuat laporan polis pada Selasa pagi apabila dimaklumkan anaknya mengalami keretakan di tengkorak kiri, pendarahan otak dan lebam pada dahi serta kedua-dua lututnya.
Bayi itu dihantar ke rumah pengasuh itu sejak berumur dua bulan dan pernah mengalami kecederaan di dahi sebelah kiri akibat bergesel dengan karpet ketika cuba meniarap selain kesan lebam di dahi akibat terkena botol susu.
Polis sebelum ini mengambil kenyataan daripada Mohd Shahril dan pengasuh bayi itu.

No comments:

Post a Comment