Saturday 14 September 2013

Tahniah!!! Malaysia Juara Pestabola Merdeka 2013


Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka edisi 2013 selepas menundukkan Myanmar 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.
Gol-gol Harimau Muda disumbangkan oleh Md. Rozaimi Abdul Rahman di separuh masa pertama dan Junior Eldstal pada saat-saat akhir permainan.
Sementara itu pada perlawanan sebelah petang, Singapura menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Thailand 2-1.
KEPUTUSAN PENUH:
Juara – Malaysia
Naib Juara – Myanmar
Ketiga – Singapura
Keempat – Thailand
Penjaring Terbanyak – Md Rozaimi Abdul Rahman (3 gol)
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir – Wan Zack Haikal

No comments:

Post a Comment