Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian itu dikesan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan seorang lelaki berada dalam bank manakala dua lagi suspek menunggu di luar sebelum cuba menarik mesin ATM itu menggunakan tali. Menurutnya, alat penggera keselamatan bank berkenaan berbunyi sebaik mesin itu ditarik satu meter oleh kereta dinaiki tiga lelaki terbabit. Katanya, bunyi bising alat penggera keselamatan itu mengejutkan seorang pengawal keselamatan berusia 26 tahun yang menjaga sebuah pasar raya berhampiran bank berkenaan. “Pengawal keselamatan yang curiga dengan bunyi itu bergegas ke kawasan bank berkenaan sebelum mendapati tiga lelaki menarik satu daripada tiga mesin dengan kereta yang mereka naiki. “Menyedari tindakan mereka diperhatikan pengawal keselamatan itu, ketiga-tiga suspek membatalkan niat mereka dan terus melarikan diri dengan kereta berkenaan menuju arah Kuala Terengganu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu,..
No comments:
Post a Comment