Tuesday 22 October 2013

Koleksi Gambar Palsu Yang Pernah Menggemparkan Dunia!!!


gambar-palsu+infolaju.com_
Sesetengah pihak terutama media mengambil kesempatan dengan menghasilkan artikel dan disokong dengan gambar palsu bagi melariskan jualan akhbar mereka. Ada juga individu yang menghasil dan menyebarkan gambar palsu hanya kerana ingin meraih populariti semata-mata. Namun apa yang menariknya, ramai yang tertipu dan menyangka bahawa foto-foto tersebut adalah nyata dan benar. Berikut merupakan beberapa foto-foto palsu yang pernah menggemparkan dunia.
gambarpalsu
Gambar penemuan rangka manusia di Arab Saudi yang telah diterbitkan oleh The New Nation Bangadesh pada 2004. Sebenarnya gambar ini hasil photoshop yang pernah diterbitkan oleh Worth1000.com sebelum ini.
big-cat_
Foto kucing raksasa yang didakwa ditemui berdekatan makmal nuklear Kanada ini tersebar melalui e-mail pada tahun 2000. Sebenarnya, foto ini merupakan gurauan Cordell Hauglie kepada teman-temannya dan dia sendiri tidak menyangka gurauannya menyebabkan orang ramai kecoh.
santilli-alien-aut
Pada tahun 1995, Ray Santili mendakwa memiliki foto Alien UFO yang sedang dijadikan bahan kajian pada tahun 1947. Namun pada 2006, dia mengakui pembohongannya dan gambar itu sebenarnya adalah “pembinaan semula” daripada filem yang pernah dia lihat pada 1992.
wtc-tourist-guy
Beberapa saat setelah berlakunya serangan 11 September, satu foto yang menggemparkan dunia telah tersebar. Dalam foto itu terdapat seorang lelaki yang sedang berdiri di atas gedung WTC dan kelihatan sebuah kapal terbang yang ingin merempuh WTC di belakang lelaki tersebut. Namun foto itu juga disahkan palsu.
loch-ness-monster
Foto ini terkenal dengan nama Monster Loch Ness atau Nessie. Pada tahun 1994, foto ini disahkan palsu. Gambar yang disangka makhluk raksasa itu sebenarnya adalah kapal selam mainan.

No comments:

Post a Comment