Monday 14 October 2013

‘Peringatan’ Allah Pada Quran Yang Dibakar

Antara tanda kezaliman tentera Al-Sisi yang sedang mengganas membunuh orang awam di Mesir yang menyokong Morsi sekarang adalah, membakar masjid-masjid dan membunuh orang yang berlindung di dalamnya.
Dalam sebuah masjid yang dibakar di Rabiah beberapa hari lalu, kitab suci al-Quran turut hangus. Begitu pun di sebalik longgokan abu, terdapat muka surat yang masih tidak terjejas.
Apabila diperiksa, halaman al-Quran tersebut merupakan Surah Fussilat (41), ayat 53-54. Terjemahannya:


“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar.
Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”
Ayat ini sebenarnya menyentuh tentang bagaimana Allah akan memperlihatkan kepada orang-orang musyrik tanda-tanda kekuasaan Allah di segenap penjuru berupa penaklukan dan kemenangan-kemenangan Islam ke atas semua negeri dan semua agama. Antara yang terbukti adalah pertolongan Allah SWT ketika Perang Badar di mana umat Islam mencapai kemenangan meskipun jumlah mereka lebih sedikit, lemah dan kekurangan senjata.
Bagaimanapun hal-hal seperti ini, hanya mampu membuka mata hati sebahagian manusia sahaja yang mahu berfikir. Semoga kezaliman Al-Sisi di Mesir akan segera berakhir.

No comments:

Post a Comment