Seorang pembunuh kanak-kanak yang dijadual menjalani hukuman mati minggu ini memohon supaya organnya didermakan bagi membantu seramai mungkin orang lain.
Peguam Lisa Lagos berkata, Ronald Phillips bersedia mendermakan anggota badannya kepada sesiapa saja jika ia tidak mampu membantu ibu dan saudara kandung perempuannya yang kebetulan uzur ketika ini.
Kata Lisa, tawaran Phillips itu dibuat tanpa sebarang syarat.
Phillips, 40, dihukum mati atas kesalahan merogol dan membunuh anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun di Akron pada 1993,
Dia dijadual menerima suntikan maut esok melalui cecair yang tidak pernah digunakan dalam mana-mana pelaksanaan hukuman di AS sebelum ini.
Rayuan Phillips ditolak Gabenor Ohio, John Kasich, minggu lalu.
Ibu Phillips mengalami masalah sakit buah pinggang dan bergantung kepada mesin rawatan dialisis, manakala seorang daripada saudara kandung perempuannya menghidap sakit jantung.
Pendakwa berkata Ohio tidak lagi menggunakan dua ubat yang merosakkan organ dalaman banduan apabila mereka menjalani hukuman mati.
Pihak berkuasa bercadang menggunakan dua cecair lain untuk melaksanakan hukuman mati itu tetapi tidak diketahui bagaimana kesannya terhadap organ dalaman seseorang.
No comments:
Post a Comment