Kuman yang bersarang di keypad akan berpindah ke wajah dengan cepat.
Kehidupan ini bagai tidak lengkap jika kita tidak memiliki handphone. Kemana pun anda pergi, anda pasti membawa serta alat komunikasi ini, entah itu ke bilik tidur, bilik mandi, pejabat, supermarket, atau kemana sahaja. Anda juga mungkin meletakkan telepon bimbit di mana-mana tempat, sedangkan benda ini tidak hanya bersentuhan dengan tangan, tetapi juga dengan wajah anda.Persekitaran yang kotor dengan pencemaran udara serta kuman di mana-mana, tidak menutup kemungkinan akan bergerilya pada handphone anda. Cuba bayangkan ketika anda sedang menelefon dan seketika seluruh kuman-kuman tadi dapat berpindah dengan cepat ke ke wajah anda. Tentu saja hal tersebut boleh menyebabkan timbulnya jerawat, gatal dan bahkan jangkitan.
Jelas sekali jika handphone ini boleh membuat masalah pada kulit wajah. Untuk mengatasi hal ini, anda hanya perlu membersihkannya dengan cara ini.
• Sebelum anda mula membersihkan, agar lebih selamat, pastikan handphone dalam keadaan off. Buka casingnya dan lepaskan bateri. Kemudian bersihkan perlahan bahagian dalam telefon bimbit anda dengan menggunakan tisu, kapas atau cotton bud.
• Jika telefon bimbit anda mempunyai keypad, anda juga harus mahir membersihkan debu dan kotoran yang banyak menempel di celah-celah butang.
• Yang paling penting, bersihkan telefon bimbit anda secara tetap, terutama di bahagian skrin dan keypad kerana bahagian-bahagian tersebut terdedah dengan kuman dan paling sering bersentuhan dengan kulit wajah anda. Sumber asal : us.life.viva
No comments:
Post a Comment