Kenaikan harga gula sebenarnya akan memberi kesan rantaian kepada kenaikan pada harga barangan atau produk keperluan yang lain seperti jualan runcit makanan dan minuman. Kenaikan 20 ke 50 sen mungkin dipandang sinis dan enteng oleh sesetengah pihak dengan beranggapan "bukannya banyakpun naik.. berapa sen je...".
Tetapi mereka tidak sedar kehidupan rakyat biasa yang miskin akan lebih terkesan dengan acapkali kenaikkan harga harga barang kawalan seperti gula, petrol dan diesel. Harga kuih-muih, minuman, kek, roti, nasi, lauk-pauk dan lain-lain yang berkaitan dengan kehidupan seharian rakyat pasti akan turut meningkat secara terlangsungnya meningkatkan kos perbelanjaan rakyat yang sudah sedia terbeban dengan pelbagai jenis bayaran dan cukai yang ada.
Subsidi untuk rakyat sebenarnya tidak akan membuat sesebuah negara muflis jika dilaksanakan dengan tertip dan ketelusan. Matlamat sebenar memberi subsidi kepada barangan keperluan seharian rakyat adalah bagi menjamin kelangsungan hidup mereka dalam situasi yang tidak membebankan, bukannya memberi subsidi kepada syarikat-syarikat kroni yang sudah sedia kaya dan banyak duit. Golongan usahawan kroni ini tidak terkesan langsung dengan kenaikan harga barangan kawalan kerana mereka sudah biasa hidup bermewah-mewahan. Malah ada ketikanya hutang-hutang "syarikat kabel besar" ini dilupuskan serta ditanggung pula oleh pemerintah semasa.
ORANG KAYA, VIP dan VVIP tak makan dan tak guna benda-benda ni semua. Mereka tak berada dalam lingkungan kesensaraan kehidupan rakyat biasa |
Paling utama bukannya menaikkan harga barangan runcit keperluan rakyat, sebaliknya kurangkan perbelanjaan untuk mengadakan projek-projek bertaraf "mega" yang dilihat tidak memberi impak dan kesan positif secara terus dan keseluruhan kepada rakyat. Selain itu mengurangkan atau lebih bagus membasmi habis ketirisan dalam urus tadbir kerajaan seperti pemberian dan penerimaan rasuah amatlah baik. Hal-hal sebeginilah yang sebenarnya dapat menyelamatkan berbillion-billion ringgit duit negara dari terus dirompak dengan rakus dalam senyap, bukannya subsidi kepada barangan keperluan rakyat yang jadi punca negara muflis.
Usah dibandingkan prestasi ekonomi negara Malaysia dengan negara luar seperti di benua Afrika atau benua Amerika, sebaliknya bandingkan negara ini dengan negara kecil iaitu Singapura dan Brunei. Negera Singapura tiada hasil bumi tetapi dengan pengurusan yang telus dan cekap, mereka menjadi antara negara yang paling sedikit kadar rasuah dalam kerajaan dunia. Ekonomi Singapura jauh lebih baik dari Malaysia. Brunei juga sepatutnya diperakui lebih layak digelar negara Islam yang lebih makmur kerana telah mula menggunapakai undang-undang syariah (atau lebih difahami sebagai hudud) dan pengurusan ekonominya adalah sangat baik serta mementingkan kebajikan rakyatnya.
Tetapi walauapapun yang terjadi, jadilah rakyat yang bersyukur kerana kerajaan semasa kita telah menyediakan jalan raya, lampu jalan, balai raya, tandas awam, taman rekreasi, sekolah, bangunan pencakar langit dan lain-lain projek yangrakyat biasa tidak mampu untuk menikmati manfaatnya.
**
- tiap kali mereka katakan ikut harga dunia, tetapi apakah benar harga gula di pasaran dunia naik atau turun?
- Malaysia sebuah negara yang ada tanah subur dan prasarana yang mencukupi untuk menyokong industri pertanian. Kenapa tidak diperbanyakkan ladang-ladang yang menghasilkan makanan ruji rakyat Malaysia? Kerana ia akan mengurangkan harga barangan yang disebabkan oleh pengeluaran melebihi permintaan.
- tiap kali selepas "mereka" memenangi pilihanraya, pasti akan ada kenaikan harga barang atau caj perkhidmatan.
- harga gula naik bukanlah alasan yang bijak bagi menyatakan penurunan kadar masalah kesihatan rakyat negara ini.
- menjaga kesihatan adalah berkaitan dengan sikap kawalan diri setiap individu terhadap khasiat pemakanan.
- selepas ini jika ada VIP atau VVIP yang datang ke kampung-kampung buat lawatan, hidangkan mereka dengan kopi, teh o atau sirap yang tiada dicampur sebarang bentuk manisan, atas alasan "menjaga kesihatan".
No comments:
Post a Comment