Penemuan Tapak Kaki Gergasi Dan Aneh.
Penemuan tapak kaki gergasiberukuran luar biasa di lereng Gunung Salabose, Majene, Sulawesi Barat telah menjadi berita hangat yang menjadi perbualan penduduk tempatan. Penduduk tempatan berpusu-pusu datang untuk menyaksikan sendiri tapak kaki gergasi tersebut. Mereka percaya bahawa tapak kaki gergasi tersebut adalah tapak kaki milik makluk ghaib.
Penduduk tempatan telah memagar kawasan tapak kaki gergasi tersebut dengan buluh supaya tidak terjejas atau dipijak oleh para pengunjung. Berpuluh-puluh tapak kaki tersebut ditemui di sekitar lereng bukit menuju ke Gunung Salabose.
Sebelum ini, Indonesia juga pernah heboh dengan berita mengenai penemuan tiga tapak kaki gergasi di daerah Bandung Barat, Indonesia.
Penelitian terhadap tapak-tapak kaki tersebut juga membawa kepada satu kejadian aneh pada salah satu tapak kaki gergasi tersebut.
Salah satu tapak kaki gergasitersebut didapati terdapat sebatang pokok kecil di tengah-tengah tapak kaki tersebut dan masih berkeadaan elok seperti tidak terusik. Ini menguatkan lagi kepercayaan penduduk tempatan bahawa tapak kaki tersebut ialah tapak kaki makluk ghaib.
No comments:
Post a Comment