Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday, 2 November 2013

Pengalaman Ngeri Pemandu Komuter Di Kuala Lumpur

komuter
Kuala Lumpur: “Selama tiga hari saya demam dan seminggu hidung asyik menghidu bau mayat hingga tidak lalu makan terutama daging kerana terbayang seolah-olah mayat itu berdiri di depan mata,” kata Zaid Ibrahim, 43, menceritakan pengalaman pahitnya ketika menjadi pemandu komuter di ibu negara dari 1995 hingga 2009.
Dalam kejadian pada 1996 itu, kereta api yang dipandu lelaki itu merempuh tujuh pejalan kaki yang hendak melintas rel dari jarak dekat hingga dia tidak mampu mengelak lalu melanggar semua mangsa di laluan Kepong-Sungai Buloh. “Apa yang menyedihkan, enam daripada mangsa meninggal dunia manakala seorang cedera dan ia menghantui hidup saya seketika kerana sejak itu saya trauma untuk makan daging.
“Lama juga saya cuba melupakan kejadian itu akhirnya saya anggap ia pengalaman yang mematangkan diri,” katanya yang kini menjawat tugas sebagai Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di kawasan Tumpat dan Manik Urai, Kelantan.
Selain itu, menurut lelaki berasal dari Pasir Puteh ini, dia juga pernah berdepan kejadian lelaki warga emas yang menyorok di bawah pagar untuk cubaan membunuh diri dengan terjun secara tiba-tiba di lintasan kereta api ketika membawa penumpang ke stesen Kajang. Katanya, dia bernasib baik sempat menekan brek secara mengejut, sekali gus menyelamatkan lelaki itu daripada terbunuh.
“Melihat dia terbaring, saya segera mendekati lelaki itu. Saya memarahinya dengan mengatakan dia menyusahkan orang lain, tapi dia langsung tidak melawan. “Lelaki itu kemudian menyatakan dia mengalami masalah rumah tangga kerana isterinya berkeras mahu menetap di Sarawak dan enggan ke Semenanjung sedangkan dia bekerja di ibu kota, bahkan semua anaknya belajar dan bekerja di Kuala Lumpur.
“Selepas itu lelaki berkenaan menangis terisak-isak kerana kesal dengan perlakuannya yang tidak matang kerana cuba membunuh diri. Dia kemudian berkali-kali memohon maaf kepada saya serta insaf dengan perbuatannya itu,” katanya.
Menariknya beberapa tahun kemudian, lelaki itu menjadi rakan baik Zaid dan menyatakan sudah menceraikan isteri serta berkahwin lain, selain menghantar hamper pada setiap musim perayaan sebagai pernyataan terima kasih kerana pernah menyelamatkannya.

No comments:

Post a Comment