Kesan buruk akibat menghisap rokok pada kesihatan memang sudah sering digembar-gemburkan kepada masyarakat umum..Namun begitu, rokok masih lagi menjadi elemen penting dalam menunjukkan gaya hidup seorang lelaki sejati..Kalau tidak, jangan hairanlah sekiranya masih ada golongan perokok tegar yang sanggup mengeluarkan belanja sehingga ratusan ringgit sebulan bagi membeli rokok..Tetapi, adakah golongan perokok ini akan rela mengeluarkan duit bagi membeli rokok termahal di dunia ini? Nak tahu kenapa, meh usha kat bawah ni.. drysheet
Rokok yang berharga US$65 ini boleh dikatakan sebagai rokok termahal di dunia. Hal ini kerana ia dibalut dengan menggunakan kertas rokok yang diperbuat dari helaian emas 24 karat.
Helaian kertas rokok emas yang dikenali sebagai 'Shine Papers' itu bagaikan telah menjadi satu trend bagi kalangan perokok popular di Britain. Merokok dengan 'Shine Papers' kini menggambarkan simbol status terbaru, terutama di kalangan pemuzik hip hop.
Rapper, Mark Cloudy Goodger berasa bagaikan telah menjadi seorang presiden ketika menghisapnya. “Ini kertas rokok terbaik yang pernah ada. Halus dan mampu terbakar dengan rata,” katanya seperti dikutip oleh laman Daily Mail. Ia dikatakan mampu menaikkan keyakinan diri semasa berbincang sambil merokok dengan 'Shine Papers'.
Rokok termahal ini mampu melonjakkan status mereka yang menghisapnya. Namun, rasa tembakaunya tidak jauh berbeza dengan rokok biasa. Pencipta 'Shine Papers', Dave D menyebut bahawa produknya tidak sesuai untuk penggunaan seharian berikutan harga pasaran emas yang semakin meningkat. Namun begitu, ia tidak dapat menghalang otang ramai dari terus menjadi pelanggan.
Hingga saat ini, belum ada sebarang artikel perubatan mengenai bahayanya menghisap partikel emas. American Lung Association menyatakan tidak ada sebarang data untuk menolak produk yang sudah dijual dengan meluas itu. Ketika ini, 'Shine Papers' boleh dibeli melalui online, dengan harga bermula dari US$55 sampai US$65 per paket.
No comments:
Post a Comment