SARAJEVO, Bosnia-Herzegovina - Penduduk Bosnia sekali lagi berdepan salji pada bulan ini walaupun musim sejuk sudah berakhir di negara berkenaan. Suhu di Bosnia turun kepada lima darjah Celsius beberapa hari lepas dengan lalu lintas sesak ekoran orang ramai mengalami kesukaran untuk ke tempat kerja.
Salji turut menyebabkan sekitar 50 buah kampung di kawasan pergunungan dekat ibu kota Bosnia, terputus bekalan elektrik. Cuaca luar biasa itu berlaku selepas seminggu suhu panas mencecah 27 darjah Celsius dicatat. di sini pada Sabtu lepas.
Suhu sejuk itu diramalkan berterusan hingga pertengahan minggu ini apabila salji akan digantikan dengan hujan lebat. - Agensi
No comments:
Post a Comment