Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday, 2 November 2013

Tahukah Anda Nama-Nama Raja Pada Kad Daun Terup?

1. Spade = David/Raja Daud
Daud ( داود Dāwūd) ialah nabi yang juga merupakan raja Bani Israil. Semenjak masih muda telah menyertai tentera Bani Israil di bawah pimpinan Thalut melawan pasukan bangsa Palestin yang dipimpin Jalut (Goliath). Daudlah
yang berjaya membunuh Jalut, sehingga dipuji sebagai pahlawan perang. Setelah Raja Thalut meninggal, Daud menggantikannya sebagai raja. Allah mengangkat Daud sebagai nabi dan rasul-Nya.
Kepadanyalah diturunkan kitab Zabur. Daud memiliki beberapa mukjizat, kecerdasan akal, memahami
bahasa burung, dan melembutkan besi hanya dengan menggunakan tangan kosong dan Daud juga memiliki suara yang paling merdu daripada semua suara umat manusia, sama seperti Yusuf yang diberikan wajah yang paling tampan.
Daud memulakan pembangunan Bait Suci iaitu Baitul Muqaddis yang telah diselesaikan oleh anaknya Sulaiman, yang ketika ini dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa. Daud meninggal pada usia 100 tahun dan dikebumikan di Baitul Muqaddis.
2. Club = Alexander the Great/Iskandar Agung
Alexander (yang) Agung, (bahasa Yunani: Μέγας Ἀλέξανδρος (“Megas Alexandros”), bahasa Inggeris: Alexander
the Great) adalah seorang penakluk berasal dari Macedonia. Beliau diakui sebagai salah seorang pemimpin tentera paling genius sepanjang zaman. Beliau juga menjadi inspirasi bagi penakluk-penakluk seperti Hannibal, Pompey dan
Caesar dari Romawi, dan Napoleon. Pada masa pemerintahannya yang singkat, Alexander mampu menjadikan Macedonia sebagai salah satu empayar terbesar di dunia.
3. Heart = Charlemagne/ Raja Perancis
Karel yang Agung atau Karel Agung (Perancis: Charlemagne; bahasa Latin: Carolus Magnus atau Karolus Magnus; bahasa Jerman: Karl der Große; bahasa Inggeris: Charles the Great, bahasa Itali: Carlo Magno) (742 atau 747 – 28 Januari 814), adalah raja kaum Frank dari tahun 768 hingga 814 dan kaum Lombard dari tahun 774 hinggai 814.
Beliau dinobatkan sebagai Imperator di Rom pada hari krismas tahun 800 oleh Paus Leo III. Beliau dianggap sebagai pengasas Tamadun Rom yang Suci (dengan gelaran Karel I). Melalui penaklukan dan pertahanan, beliau mengukuhkan dan mengembangkan kekuasaannya hingga meliputi sebahagian besar Eropah Barat. Beliau juga sering dianggap sebagai pengasas Perancis dan Jerman, bahkan tidak keterlaluan dianggap sebagai pengasas Eropah.
4. Diamond =Julius Caesar
Gaius Julius Caesar (Latin: C·IVLIVS·C·F·C·N·CAESAR¹) (13 Julai 100 SM–15 Mact 44 SM) adalah seorang pemimpin tentera Rom yang kekuasaannya terhadap Gallia Comata memperluaskan lagi dunia Rom sehingga ke Oceanea Atlantic, melancarkan serangan Rom pertama ke Britan, dan memperkenalkan pengaruh Rom terhadap Gaul (Perancis kini), sebuah pencapaian yang kesan langsungnya masih terlihat hingga kini.
Julius Caesar bertarung dan memenangi sebuah perang saudara yang menjadikannya penguasa terhebat dunia Rom, dan memulai reformasi besar-besaran terhadap masyarakat dan pemerintah Rom. Beliau menjadi diktator seumur hidup, dan memusatkan pemerintahan yang makin melemah dalam republik tersebut.
Nota Tambahan:
4 jenis kad (Spade, Heart, Diamond, Clud) = 4 musim dalam 1 tahun.
52 kad = 52 minggu dalam 1 tahun.
13 fasa kad = 13 fasa bulan

No comments:

Post a Comment