Thursday 23 January 2014

Misteri Ratusan Jarum Berada Dilutut Wanita Berusia 65 Tahun

Misteri Ratusan Jarum Berada Dilutut Wanita Berusia 65 Tahun
Seperti disiarkarkan dari dailymail.co.uk , seorang doktor terkejut apabila memeriksa lutut seorang wanita 65 tahun yang berasal dari Korea Selatan dijumpai ratusan jarum .
Ternyata ketika diperiksa lebih lanjut , jarum tersebut adalah jarum akupunktur yang tertinggal di lututnya .
Lebih lanjut lagi dikatakan bahawa wanita ini didiagnosis menderita osteoartritis . Penyakit ini adalah penyakit yang berkaitan dengan keradangan sendi dan sakit sendi . Kesakitan ini berasal dari kerosakan tulang rawan yang melapisi tulang dan membuat sendi bergerak tanpa adanya pelincir .
Untuk merawat penyakit ini , maka wanita tersebut melakukan rawatan tradisional iaitu akupunktur yang dilakukannya seminggu sekali . Selain bermanfaat untuk merawat penyakit ini , akupunktur juga membantu untuk menghilangkan rasa sakit .
Dianggarkan jarum yang tertinggal didalam di lutut wanita ini adalah jarum yang berfungsi untuk memberikan rangsangan selepas rawatan akupunktur berakhir .
Misteri Ratusan Jarum Berada Dilutut Wanita Berusia 65 Tahun2 Misteri Ratusan Jarum Berada Dilutut Wanita Berusia 65 Tahun
” Benda yang asing yang ada di dalam tubuh manusia boleh menjadi suatu perkara yang sangat berbahaya dan mengancam kesihatan tubuh . Benda ini mampu menyebabkan jangkitan , abses , dan bengkak , ” jelas Dr Ali Guermazu , seorang profesor radiologi di Boston university dalam mengulas mengenai kes ini .

No comments:

Post a Comment