Akibat enggan bangun daripada tidur dan menyediakan sarapan selepas dikejutkan, seorang lelaki yang hilang pertimbangan tergamak memukul dan menghentak kepala isterinya ke dinding selain memijak serta mengugut ingin membelasah wanita itu dalam kejadian di kediaman mereka di Selayang Baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, lelaki berusia 20-an itu yang terjaga daripada tidur mengejut isterinya berusia 25 tahun supaya bangun dan menyediakan sarapan.
Menurut sumber, wanita itu yang difahamkan kepenatan meminta kebenaran suaminya itu untuk menyambung semula tidur buat seketika dan akan menyediakan sarapan kemudian.
“Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang kemarahan suaminya yang bertindak mengamuk dan terus memarahi mangsa dengan menghamburkan kata-kata kesat.
“Suami mangsa mengambil pisau di dapur sebelum mengugut ingin membunuh mangsa, namun ditenangkan adiknya yang menyaksikan kejadian itu,” katanya.
Sumber berkata, suami mangsa yang masih tidak berpuas hati kemudian memukulnya.
No comments:
Post a Comment