Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday, 30 September 2013

Kasihan! Apabila Tikus Dihukum


Mesti anda tertanya-tanya mengapakah seekortikus ini dilihat dalam keadaan keempat-empat kakinya diikat setiap penjuru. Kasihan apabila melihatnya.Kami difahamkan, tikus itu diikat oleh seorang lelaki kerana terlampau geram dengan haiwantersebut yang memakan semua kepingan not kertas hasil gajinya diterima. Memang sakit hatilah. Tetapi tindakan sebegini ternyata menyeksa haiwan berkenaan.

Seorang lelaki Palestin membalas dendam terhadap seekor tikus yang memakan wang gajinya dengan mengikat empat kaki haiwan itu dan memuat turun imej berkenaan dalam laman Facebook.
Menurut sumber, lelaki yang berasal dari Hebron di Tebing Barat tetapi kini tinggal di Gaza itu mengikat tikus berkenaan dengan tali selepas haiwan berkenaan menyelinap masuk ke dalam almari pakaiannya danmemakan tiga not wang berjumlah ILS200 Shekel (RM181), gaji yang diterimanya. “Lelaki itu mendakwa dia baru mendapat gaji mingguan dan ingin menyimpan wang berkenaan.
“Perbuatannya itu dilakukan ketika keadaan ekonomi di Gaza dan Tebing Barat, Palestin kian meruncing,” kata sumber berkenaan. Pihak pentadbiran Palestin (PNA) menangguhkan pemberian gaji penjawat awam di Tebing Barat selama beberapa bulan kerana kekurangan dana akibat tindakan kerajaan Israel menyekat dana rakyat Palestin.

Luar Biasa! Lelaki Yang Boleh Mengigit Hidungnya Sendiri!!


Agak mustahil sebenarnya jika seorang manusia itu mampu mengigit hidungnya sendiri. Secara normalnya ia tidak boleh dibuat oleh sesiapa sahaja kerana bentuk fizikalmulut dan hidung di bahagian muka yang sama. Namun sangkaan itu boleh disangkal apabila ada seoranglelaki dari Beijing China mampu mengigit hidungnya sendiri dengan membuat mimik muka. Jom kita lihat bagaimana lelaki ini mampu melakukannya di bawah ini.






Pelik! Bagaimana Lelaki Ini Mempunyai Hidung Di Dahi ??


Memang sesuatu yang agak pelik apabila kita melihat seseorang itu mempunyai di bahagian dahi. Persoalannya apa yang terjadi sebenarnya? Melayukini.net difahamkan, seorang pemuda 22 tahun telah kehilangan hidungnya semasa kemalangan dashyat tahun lepas. Jadi doktor pakar telah mendapat satu idea dengan menghasilkan satu lagi hidung di atas dahinya sebagai alternatif. Selepas 9 bulan, hidung itu telah tumbuh dan ianya akan dipindahkan untuk mengganti hidung yang sedia ada.



Pelik! Seekor Burung Mempunyai Dua Kepala Dan Tiga Paruh


Pelik! Seekor Burung Mempunyai Dua Kepala Dan Tiga Paruh  | Melihat ciptaan Tuhan yang tidak normal bukanlah satu tanda ciptaan Allah itu gagal. Tetapi ia mempunyai keunikan sendiri. Sebelum ini juga Melayukini.net pernah menyiarkan artikelBurung Luar Biasa Walaupun Lehernya Hampir Putus(LINK). Samalah seperti kejadian yang mana seekor anakburung dengan dua kepala dan tiga paruh telah dijumpai di satu kawasan kediaman yang terletak diNorthampton. Ia dijumpai oleh seorang wanita bernamaApril Britt

Pelik! Mengapa Burung Kakak Tua Ini Menjadi Sedemikian Rupa?


Persoalan yang pertama di minda kita tentang apakah yang terjadi kepada burung kakak tua ini, mungkin ia telah diseksa oleh tuannya? Maklumat yang di terima, burung kakak tua ini sebenarnya berasal dari Morgan County, Tennesse. Tambahan lagi, pihak polis USA baru sahaja telah menyelamatkan seekor burung kakak tua ini. Burung ini dipercayai kehilangan banyak bulunya kerana terdedah dengan bahan kimia di dalam tempat pemprosesan ganja.



Khidmat Model 3 Dalam 1 Cuma RM450 Sejam


Mereka didakwa model yang memperagakan pelbagai fesyen pakaian di pentas tempatan. Masih muda, cantik dan seksi, ‘model’ terbabit juga didakwa boleh diupah sebagai gadis pengiring untuk menemani lelaki tempatan atau pelancong asing dengan bayaran RM450 sejam.
Khidmat gadis pengiring terbabit diuar-uarkan melalui e-mel yang dihantar secara rawak dan dikirim berulang kali kepada sesiapa saja.
Kebanyakan lelaki, terutama pelancong dan ahli perniagaan asing yang memerlukan teman sepanjang berada di negara ini pasti tertarik dengan tawaran itu, terutama apabila diberitahu gadis terbabit sebenarnya ‘serba guna’ — boleh dibawa ke mana saja, sama ada sekadar peneman ke pusat hiburan dan pelancongan atau terus ke bilik tidur.
Khidmat ‘tiga dalam satu’ ditawarkan sindiket yang beroperasi di beberapa bandar raya di seluruh negara terbongkar hasil siasatan wartawan Metro Ahad selepas didedahkan seorang pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Razmi, 30.
Razmi berkata, sindiket itu terlebih dulu mengumpan lelaki hidung belang dengan menghantar e-mel yang turut memaparkan gambar gadis cantik dan seksi yang didakwa model dengan aksi mengghairahkan.

Awi Rafael Sudah Temui Pengganti Hanez Suraya?


Setelah beberapa bulan hubungan cinta antara penyanyi Awi Rafael dan pelakon Hanez Suraya berakhir, tersebar khabar angin mendakwa kononnya Awi Rafael mula menjalinkan hubungan cinta dengan Sasha Saidin.
Dan dalam masa yang sama timbul juga spekulasi yang mengatakan bahawa Hanez Suraya sudah bertemu teman lelaki baru, berikutan tersebarnya beberapa foto mesra mereka sekitar 17 September lalu.
Bagaimanapun, masing-masing telah menepis khabar angin tersebut dan menjelaskan bahawa hubungan mereka sekadar teman biasa sahaja.
Terbaru, penyanyi yang popular dengan lagu Kalau Aku Kaya ini dikatakan sudah menemui cinta baru. Gosip tersebut dikukuhkan lagi ekoran Awi memuat naik beberapa fotonya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Anne.
Ramai peminat yang memuji kecantikan gadis itu. Akan tetapi Awi telah membalas respon tersebut dengan menjelaskan bahawa dia dan Sarah sekadar teman biasa dan tiada sebarang ikatan istimewa antara mereka. Hmm…

Dua Remaja Keji Seksa Anak Kucing


Manusia di alam siber ni tak putus-putus cuba melakukan sesuatu yang boleh membuatkan mereka terkenal tidak kira perbuatan itu bakal mengundang kutukan, pujian mahupun maki hamun pada sesiapa yang membaca.
Kami pernah berkongsi melaporkan tentang satu pasangan gay yang merakamkan video gabungan gambar mereka dalam laman YouTube sehinggalah mengundang kritikan hebat di laman Facebook ekoran perbuatan jijik mereka.
Hari ini penulis menemui satu gambar yang sedang viral di Facebook tentang gambar dua orang remaja lelaki mengambil gambar berdua dengan seekor anak kucing yang diletakkan di dalam botol di tengah-tengah antara mereka berdua.
Inilah yang dikatakan sudah tak ada kerja sampai sanggup menyeksa binatang semata-mata hendakkan perhatian di laman sosial.
Kalau begini perbuatan anda, sudah pasti akan mengundang caci maki dan kejian di Facebook, tempat di mana gambar penganiayaan binatang ini dikongsikan.
Sumber asal gambar ini tidak dapat dipastikan tetapi, janganlah diperlakukan apa sahaja binatang sebegitu rupa.
Kalau anda terjumpa dua remaja lelaki ini, cuba anda letakkan mereka dalam botol dan anda pula bergambar dengan mereka. Pastinya mereka marah. Kasihan anak kucing itu.
Dasar lelaki keji!!

Kelab Melepaskan Nafsu 'Hot Mama'


Cerita Hot Mama hangat diperkatakan terutama sekali dalam laman sosial Facebook. Ramai yang terkejut kerana seorang wanita yang sudah bergelar ibu dan masih lagi bersuami melakukan sesuatu di luar jangkaan. Hot Mama sebenarnya hanya mencari hiburan dengan tujuan utama untuk menjadikan tempat melepaskan nafsu. Kami kongsikan satu kata menarik mengenai Hot Mama ini. 

“Selayaknya, Linda iaitu salah seorang isteri muda yang menjadikan nafsu sebagai raja dalam hidupnya direjam sampai mati. Itulah hukum hudud yang perlu dilaksanakan. Tapi kalau mengikut hukum yang manusia lemah seperti kita buat ini, maka ringanlah hukumannya” 

Ini pula ulasan dari akhbar Harian Metro berkenaan isu Hot Mamam ini. 

Mereka sudah bersuami dan ada anak, malah boleh dikategorikan dalam golongan berada. Namun kerana ingin mencari kepuasan nafsu, mereka sanggup menggunakan kecantikan dan ‘aset’ dimiliki bagi mencari hiburan di luar. 

Mencari lelaki bujang mahupun yang berkeluarga untuk dijadikan teman dan tempat melepaskan nafsu sentiasa menjadi keutamaan. Tidak kira waktu terluang, mereka yang seakan-akan bernaung di bawah kelab ‘Hot Mama’ ligat mencari teman. 

Di rumah, merekalah isteri, ibu dan suri rumah tangga, tetapi apabila di luar bersama rakan, mereka seolah-olah gadis remaja yang sentiasa mencari teman untuk bersosial. 

Menerusi penyamaran, wartawan Metro Ahad (MA) berjaya menjejaki kumpulan berkenaan, sekali gus membongkar aktiviti sulit golongan ini. 

Tanpa berselindung, beberapa wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang ditemui menceritakan kisah hidup yang sentiasa sepi tanpa belaian lelaki. 

Menurut Linda “hot mama”, 31, dia mencari hiburan di luar bagi mengisi kekosongan diri kerana sering diabaikan suami yang sentiasa sibuk dengan perniagaan. 

Ini bukan kes cerita seks suami isteri, tetapi ni kes isteri yang mencari kepuasan dengan lelaki lain.

Tauke Rawatan Kecantikan Dibunuh


Perbualan singkat antara tauke sebuah salun dengan sepasang pelanggan mengenai rawatan kecantikan berakhir tragedi apabila pengusaha premis tersebut mati dibunuh dalam kedainya di Jalan Indah 1/1 Taman Bukit Indah, Nusajaya semalam. 

Kejadian bermotifkan samun pada pukul 11.30 pagi itu mengakibatkan Amy Liew, 39, mati selepas penjenayah dikatakan menikam perut mangsa selain mendatangkan kecederaan di pergelangan tangan dan leher wanita terbabit. 

Mangsa telah memulakan perniagaan itu sejak enam bulan lalu. 

Sebelum pembunuhan berlaku, pasangan berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun tersebut masuk ke dalam salun dan berpura-pura menyamar sebagai pelanggan dengan bertanyakan mengenai rawatan kecantikan wajah. 

Selain mangsa, terdapat seorang pekerja dan dua pelanggan lain di dalam premis itu ketika kejadian.

Ibu Terkedu Lihat Anak Tidur Macam Laki Bini


Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing. 

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Khamis lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian. 

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik. 

Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis. 

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. 

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 18 Julai ini bagi membantu siasatan. 

“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.

Gempar! Jurumekap Artis Terkenal Mati Dibunuh



Seorang jurumekap artis ditemui mati dalam keadaan tertiarap di atas katil dengan tangan dan kaki terikat selain lehernya turut dijerut di rumahnya di Jalan Mangga, dekat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, malam kelmarin. 

Mayat Othman Hassan, 52, ditemui dengan mukanya tersembam pada tilam dalam sebuah bilik dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih 24 jam sebelum mayatnya ditemui jam 8 malam kelmarin. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat mangsa ditemui abang mangsa yang datang ke rumahnya selepas diberitahu mangsa gagal dihubungi sejak dua hari lalu. 

“Mangsa yang memakai baju-T dan seluar pendek ditemui dalam keadaan tangan dan kakinya diikat, selain lehernya dijerut. Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada kesan pecah masuk. Oleh itu polis percaya mangsa dibunuh individu dikenalinya,” katanya semalam. 

Ku berkata, Othman tinggal seorang diri dan siasatan awal menunjukkan sebelum kematiannya, mangsa dipercayai melakukan hubungan seks.

Rajesh Kanna Hilang 2 Tangan Ditetak Penyamun


Sekumpulan empat penyamun bertindak kejam apabila memotong dua tangan pemilik kedai besi buruk dalam kejadian di Jalan Klang Lama..
Ketika kejadian jam 5 pagi, Rajesh Kanna, 28, tidur di dalam sebuah bilik di kedai miliknya apabila empat lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba menyerang dia dan ibunya yang turut berada di premis berkenaan.
Menurut sumber, mangsa cuba melawan namun dilibas dengan parang manakala ibunya yang cuba membantu diserang.
“Kejadian berlaku begitu pantas dan apabila penjenayah melarikan diri meninggalkan tempat kejadian, baru mangsa menyedari kedua-dua tangannya sudah tiada.
“Mangsa pengsan sebaik menyedari tangannya putus sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, tangan mangsa tidak ditemui di tempat kejadian dan dipercayai dilarikan suspek.
“Kita masih menyiasat motif sebenar kejadian dan jumlah kerugian juga belum dapat dipastikan kerana menunggu keadaan mangsa stabil sebelum mengambil keterangannya,” katanya.

Sunday, 29 September 2013

'Doktor' Minta Pesakit Beraksi Ghairah Dalam Telefon


Seorang lelaki dikesan menyamar doktor sebuah hospital kerajaan dengan meminta seorang pesakit wanita yang dihubunginya menerusi telefon melakukan beberapa aksi lucah termasuk membuka pakaian. 

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu (Perubatan) Dr Mohamad Omar berkata, kejadian terbaru berlaku minggu lalu apabila seorang wanita berusia 30-an yang hamil dihubungi lelaki terbabit yang menyamar doktor. 

“Pada mulanya, lelaki terbabit bertanyakan mengenai keadaan pesakit sebelum meminta mangsa melakukan beberapa aksi lucah termasuk membuka baju dengan alasan ia sebahagian proses rawatan selepas mendapat kepercayaan mangsa. 

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa akur dengan arahan berkenaan memandangkan segala maklumat mengenai keadaan kesihatan disebut lelaki terbabit tepat. 

“Dalam perbualan itu, lelaki terbabit meminta mangsa melakukan beberapa aksi lucah dipercayai untuk memuaskan nafsunya dengan mendengar suara mangsa ketika melakukan aksi diminta,” katanya.

Umpan Kawan Sendiri Untuk Dijadikan Habuan Seks!


Kawan makan kawan. Itu perumpamaan sesuai apabila seorang remaja perempuan diumpan rakannya ke sebuah hotel di Batu Caves sebelum dijadikan habuan seks dua lelaki, kelmarin. 

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, remaja berusia 14 tahun itu bersama rakan perempuannya berusia 20-an, dihubungi seorang lelaki yang mengajak mereka berjumpa di hotel itu untuk melepak bersama. 

Menurut sumber, mangsa tidak mengesyaki rancangan jahat rakannya yang ingin melacurkan dirinya kepada dua lelaki berusia 20-an terbabit bersetuju mengikutinya dengan menaiki kereta rakannya. 

“Bagaimanapun sebaik tiba di tempat kejadian, rakannya mengadu kononnya pening dan ingin berehat sebentar di dalam kereta. 

“Dia menyuruh mangsa berjumpa lelaki terbabit yang sedang menunggu mereka di tingkat satu hotel berkenaan,” katanya.

Lelaki Mengamuk Tetak Anak Saudara Sendiri


“Saya tidak sangka dia tergamak cuba membunuh dengan menetak saya beberapa kali kerana menegur sikapnya yang panas baran,” kata Herman, 26, yang cedera ditetak bapa saudaranya, petang Jumaat lalu.
Beliau mengalami kecederaan ditetak menggunakan senjata parang di tangan kanan, muka dan belakang badan hanya kerana bapa saudaranya yang berusia 40-an tidak berpuas hati selepas mendakwa cuba mencampuri urusan rumah tangganya.
,
Menurut Herman, serangan tanpa belas kasihan itu berlaku selepas isteri bapa saudaranya menghubunginya sambil menangis dan merayu meminta tolong kerana tidak tahan dimarahi berikutan tersalah membeli ubat.
Beliau berkata, dia menerima panggilan itu jam 10 pagi sebelum diminta datang ke rumah bapa saudaranya itu di Kampung Kayu Ara, Petaling Jaya, selepas tidak tahan dimarahi suaminya yang tiba-tiba mengamuk.


“Pada mulanya, saya hanya menasihati ibu saudara agar bersabar kerana tidak mahu mencampuri urusan rumah tangganya tambahan ia hanya berpunca kerana tersalah membeli ubat.


Gadis 17 Tahun Dirogol & Diliwat Kenalan Facebook


Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu Isnin lalu. 

Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam. 

Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan ‘ringan’ sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks. 

Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya. 

Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa. 

Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu. 

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian. 

Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut.

Gempar!! Ribuan Naskah Al-Quran Dibuang Di Bangsal Lembu


Penduduk Kampung Pauh Sembilan, Bachok gempar apabila menemui beribu-ribu naskhah al-Quran yang ditinggalkan di sebuah bangsal lembu dipercayai untuk dilupuskan secara tidak sah.
Seorang penduduk, Mamat Harun, 65, berkata, kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin, sebuah treler telah memasuki kampungnya dan dia sempat melihat beberapa lelaki sedang memunggah kotak ke dalam sebuah lori kecil.
Menurutnya, treler tersebut berhenti dalam jarak satu kilometer dari bangsal tempat al-Quran tersebut ditinggalkan dan terpaksa menggunakan lori kecil untuk mengangkutnya.
“Jalan ke bangsal ini sempit, jadi treler berhenti di simpang jalan dan mereka menggunakan sebuah jengkaut untuk memindahkan al-Quran dari treler ke sebuah lori kecil sebelum dihantar ke bangsal tersebut.
“Saya sempat tanya, mereka beritahu dari Kuala Lumpur dan diarahkan untuk menghantar al-Quran tersebut ke sini untuk disimpan,” ceritanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, jarak antara rumahnya ke bangsal tersebut hanyalah 200 meter dan pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa yang pelik.
Bagaimanapun dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena berlaku selepas beberapa orang polis dan pegawai pejabat agama datang ke kawasan tersebut petang kelmarin.
Katanya, bangsal tersebut yang seluas 1.4 meter x 2.8 meter itu pernah dijadikan tempat menyimpan makanan lembu seperti dedak dan rumput namun tetapi kini tidak lagi digunakan oleh pemiliknya.


Sementara itu, sumber Pejabat Agama Jajahan Bachok memberitahu, siasatan awal mendapati al-Quran tersebut mungkin untuk dilupuskan.
Ia berikutan terdapat kecacatan daripada segi cetakan dan reka bentuk ataupun kesilapan pada ayat al-Quran itu sendiri.
Katanya, al-Quran tersebut telah dihantar ke sini oleh sebuah syarikat dari Kuala Lumpur dan akan diserahkan kepada individu tertentu untuk dilupuskan dan bangsal tersebut hanya dijadikan transit.
“Kita telah membuat laporan polis dan siasatan akan dijalankan untuk mengesan individu terbabit kerana tindakan melupus al-Quran perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan hanya boleh dibuat di kawasan tertentu sahaja.
“Saya dimaklumkan tempat untuk melupus al-Quran ini hanya di Kuala Lumpur dan prosesnya melibatkan kos yang tinggi. Jadi, ini mungkin salah satu cara pihak tersebut untuk mengurangkan kerugian yang dialami,” ujarnya.
Jelas beliau, pihaknya telah menutup kawasan tersebut dan kesemua al-Quran terbabit juga ditutup dengan rapi bagi mengelakkan ia disalah guna.
Kawasan tersebut kini di bawah pemantauan polis sehingga siasatan selesai dan tindakan susulan diambil.

5 Maut Kenderaan Rempuh Tiang Jejambat Di Nusajaya


Seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun yang dipercayai memandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux bersama empat wanita warga Indonesia maut apabila kenderaan dinaiki itu terbabas di Lebuhraya Pesisir Pantai di Nusajaya, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah hari tadi kenderaan dipandu Mokhtar Khalid, 43, dalam kelajuan tinggi menuju Gelang Patah sebelum terbabas ke kiri jalan dan terjunam ke dalam longkang.
Akibatnya, mangsa dan empat wanita warga Indonesia maut di lokasi..

Pemuda Dibunuh Gara-Gara Cicak Tokek Bernilai RM1 Juta


Pemuda yang ditemui mati di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di sebuah lombong di Jalan Rantau Panjang Bestari Jaya pada 30 Ogos lepas disyaki dibunuh kerana seekor cicak tokek yang dianggarkan bernilai RM1 juta di pasaran gelap.
Berikutan itu, polis menahan secara berperingkat 16 lelaki di sekitar Selangor dan hilir Perak dari 1 September sehingga hari ini dan pemilik cicak tokek iaitu seorang wanita berumur 60 tahun di Kuala Selangor hari ini berhubung kes pembunuhan Syairul Helmi Azhar, 24.
Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan dalam sidang media di sini hari ini berkata, suspek itu dipercayai diupah wanita berkenaan untuk mengesan Syairul yang dikatakan menghilangkan diri selepas diamanahkan untuk menjaga dan mencari pembeli berpotensi cicak tokek itu.
Suspek dikatakan berjaya mengesan Syairul lalu berlaku pergaduhan sebelum seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa daripada senjata buatan sendiri yang mengenai rusuk kanan simati.
Mohd Shukri berkata polis turut merampas pelbagai barangan termasuk satu batang paip besi menyerupai selaras senjata buatan sendiri yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa, sebuah beg hitam, kain putih, enam peluru hidup, tiga kelongsong peluru, sembilan telefon bimbit pelbagai jenis, pemutar skru dan playar.
“Kita belum menemui cicak tokek yang dikatakan itu,” katanya.

Pegawai Polis Belasah Pekerja Hotel Di Seremban


Dua video menunjukkan seorang pegawai polis mengamuk di Seremban 2 kelmarin. Seorang pegawai polis dilaporkan telah mengamuk di sebuah hotel di Seremban 2 kelmarin. Punca sebenar pegawai polis tersebut mengamuk masih belum di ketahui. Admin difahamkan pegawai polis tersebut telah pun ditahan untuk sisatan lanjut.
Dikatakan pegawai polis berpangkat Inspektor yang berumur 32 tahun tersebut telah bertikam lidah dengan 2 pekerja hotel terbabit berkaitan dengan harga aiskrim.
Bagaimanapun, kejadian anggota polis mengamuk hanya satu titik kecil didalam kelompok mahupun organisasi besar. Dimana-mana sekalipun walau di negara maju atau miskin, perkara sebegini pasti akan berlaku.
Bagaimanapun, pastinya PDRM akan meneliti secara baik kes ini supaya ianya tidak berlaku lagi perkara dimasa akan datang.



Markas ‘Lalok’ Ketum Kena Serbu


Tindakan sekumpulan tujuh lelaki dan seorang gadis bawah umur menjadikan sebuah rumah usang di Sungai Batu Pahat, dekat Kangar, sebagai sarang maksiat dan markas ‘lalok’ berakhir apabila kediaman itu diserbu, kelmarin.
Serbuan dilakukan jam 10 malam oleh 10 anggota Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) dan tiga Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Sungai Batu Pahat selepas menerima maklumat bahawa rumah itu dijadikan lokasi aktiviti tidak bermoral sejak beberapa bulan lalu.
Imam 1 Masjid Kampung Sungai Batu Pahat, Amir Aziz berkata, pihaknya berjaya mencekup tujuh lelaki dan seorang tomboi berusia antara 15 hingga 25 tahun ketika asyik menikmati air ketum di atas pelantar di belakang rumah berkenaan.
Katanya, sebelum serbuan dilakukan, pihaknya membuat pemantauan sejak empat bulan lalu apabila sering melihat kumpulan remaja dalam keadaan mencurigakan.
“Saya sering melalui jalan di depan rumah ini untuk berulang-alik ke masjid dan sering terlihat beberapa remaja lelaki dan perempuan berkunjung ke rumah ini.


Remaja Hilang Lepas Sekolah Ditemui Mati Di Kawasan Semak


Selepas seharian hilang dari rumah, seorang pelajar tingkatan dua ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di kawasan semak berhampiran Taman Mewah, Kamunting, di Taiping, semalam.
Mangsa dikenali sebagai M Nathaniel, 14 telah dijumpai oleh orang awam dalam keadaan berlumuran darah di kawasan berkenaan pada kira-kira jam 7.50 pagi.
Sinar Harian difahamkan bahawa mangsa merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Klian Pauh dan dikatakan hilang selepas pulang dari sekolah pada kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, kali terakhir mangsa dilihat adalah ketika dia bersembang dengan sekumpulan lelaki bermotosikal sebaik sahaja turun dari bas sekolah.
Menurutnya, mangsa kemudiannya dilihat mengikuti kumpulan pemuda bermotosikal itu dan terus tidak pulang ke rumah selepas itu.
Tambah Yusuf, sehubungan itu keluarga mangsa telah cuba mencarinya di sekitar kawasan rumah mereka dan selepas mangsa gagal ditemui, mereka (keluarga mangsa) telah membuat laporan polis.
“Mayat mangsa ditemui dalam kawasan belukar di belakang bangunan baru Taman Mewah dan maklumat berkenaan penemuan mayat itu kami terima daripada orang awam.
“Siasatan mendapati mangsa yang berasal dari Taman Palma, Kamunting mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dipercayai akibat dikelar menggunakan benda tajam,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Katanya, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dalam kawasan belukar berkenaan dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.
Beliau memaklumkan bahawa kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu kes bunuh dan motif pembunuhan masih disiasat.

Isteri Durjana Biar Suami Lumpuh, 2 Anak Hidup Terbiar


Suami yang separuh lumpuh dan dua anak masih kecil ditinggalkannya tanpa penjagaan, namun dia pulang ke rumah sebulan sekali semata-mata mengambil wang bantuan persekolahan anaknya sebanyak RM300 yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Begitu sikap seorang isteri durjana yang menyebabkan suaminya berusia lewat 50-an dan dua anak perempuan berusia sembilan dan 13 tahun hidup melarat serta bergantung kepada keprihatinan jiran untuk makan dan minum setiap hari.
Pegawai JKM Daerah Johor Bahru, Manayi Ibrahim yang mendedahkan sikap isteri berusia 30-an itu berkata, kejadian itu berlarutan lebih setahun lalu, sebelum dikesan pihaknya, baru-baru ini.
Menurutnya, siasatan pihaknya mendapati wanita terbabit membiarkan suaminya yang uzur akibat angin ahmar dan mengalami jangkitan kuman pada kaki kiri kerana diabetes terlantar di pondok usang bersama dua anak mereka.
Selepas menerima maklumat mengenai nasib tiga beranak itu yang tinggal di pondok yang hampir roboh di sebuah kampung di sini, Manayi berkunjung ke situ semalam untuk melihat nasib mereka sambil ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Tan Cher Puk.


Ngeri!!! Penunggang Motosikal Maut Terperosok Bawah Tayar Kereta


Ngeri….Itulah yang mampu dikatakan dalam kemalangan ini.
Sebuah kenderaan mewah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motorsikal di Jalan PJU3/22, Petaling Jaya, Selangor kelmarin.
Apa yang paling menyedihkan, penunggang motorsikal itu terperosok di bawah tayar kereta tersebut.
Tak banyak maklumat yang diperoleh mengenai kemalangan ini, yang pasti mangsa mati ditempat kejadian.
Berhati-hatilah, malang tidak berbau. Kemalangan pasti membawa padah.
Pandu cermat, jiwa selamat.