Selepas hampir seminggu berdolak-dalik berhubung dakwaan skandal dengan isteri orang, pelakon terkenal Adi Putra (gambar) semalam menegaskan dia langsung tidak mengenali wanita bernama Aida dari Johor yang dikaitkan dengannya.
Kenyataan itu sekali gus menafikan mesej dan gambar-gambar lucah yang dikatakan dihantar menerusi aplikasi WhatsApp Messenger pada awal Ogos lalu lalu kepada Aida adalah miliknya.
Menurut Adi Putra, 32, pada awal Ogos lalu dia masih berada di Mekah kerana menunaikan umrah dan tidak mungkin dia boleh melakukan perbuatan tersebut.
“Secara jujurnya saya tidak mengenali wanita itu dan mana mungkin saya melakukan perbuatan itu di Tanah Suci,” ujarnya pada majlis sidang akhbar pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Fereena Beauty Care di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

No comments:
Post a Comment