Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday, 27 September 2013

Aaron Aziz Terpaksa Disuntik Steroid Untuk Ke Cape Town


Pelakon Aaron Aziz yang menghidap sakit sendi tengkuk (cervical Facet Arthritis) telah dibenarkan keluar wad petang Jumaat selepas dimasukkan ke Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.
Isteri Aaron yang juga pengurusnya, Diyana Halik berkata, Aaron terpaksa meminta kebenaran untuk keluar wad kerana terpaksa bertolak ke Cape Town, Afrika Selatan bagi menjalani penggambaran Fear Factor Malaysia 2 pada malam Jumaat.
“Sepatutnya Aaron tidak dibenarkan ke mana-mana kerana perlu menjalani rawatan fisioterapi selama tiga bulan.
“Tetapi Aaron akan bertolak ke Cape Town pada malam ini juga (Jumaat) dan doktor membenarkannya keluar selepas diberi tiga kali suntikan steroid.
“Suntikan itu akan bertahan selama sebulan, sepanjang penggambaran Fear Factor Malaysia 2. Dan kemudian apabila pulang ke Malaysia, dia wajib menjalani rawatan itu selama tiga bulan,” katanya.
Akhbar melaporkan Aaron telah dimasukkan ke wad setelah mengadu sakit leher sejak seminggu lalu.
Dia bagaimanapun terpaksa membiarkan sakitnya itu semata-mata mahu menyelesaikan penggambaran sebuah telefilem sehingga menyebabkan penyakit berkenaan menular ke tangan dan jari sehingga menjadi kebas.
Penyakit berkenaan menyebabkan lehernya senget dan tidak boleh bergerak.
Terdahulu, aktor kelahiran Singapura itu pernah beberapa kali dikejarkan ke hospital termasuklah kecederaan yang dialami ketika berada di lokasi penggambaran.

No comments:

Post a Comment