Model dan pelakon seksi Indonesia, Nikita Mirzani sekali lagi menimbulkan kontroversi panas. Sebelum ini, Nikita telah menyatakan bahawa beliau mahu ke Amerika Syarikat untuk beraksi dalam majalah bogel popular, Playboy.
Pada hari ini, salah satu dari foto bogelnya untuk majalah itu telah pun tersebar di internet. Menurut beliau, itu memang fotonya.
Dalam foto tersebut, Nikita dilihat sedang berbaring di tepi pantai dalam keadaan bogel. Bahagian pehanya ditutupi kain putih, manakala bahagian dada ditutupi dengan rambutnya yang panjang.
Tatu ditubuhnya menguatkan lagi bukti bahawa foto tersebut memang milik Nikita Mirzani.
Wanita berusia 27 tahun itu mengaku foto berkenaan diambil tiga bulan yang lalu di Pulau Dewata. Menurutnya lagi, majalah Playboy akan menerbitkan foto berkenaan pada terbita tahun hadapan.
“Itu fotonya tiga bulan lalu, di Bali. Buat Playboy AS, dan terbitnya tahun depan,” ungkap Nikita kepada Liputan6.com. Sayangnya, Nikita enggan membocorkan foto-foro lainnya.
“Itu saja dulu. Karena kan majalahnya belum terbit, baru tahun depan,” ungkap Nikita.
No comments:
Post a Comment