Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press.
Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.
Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus.
Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.
Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.
Selapas Malaysia, negara yang menduduki tempat keempat senarai berkenaan merupakan Rusia dengan 32 peratus didikuti Hong Kong sebanya 29 peratus.
Kaji selidik berkenaan yang dijalankan oelh pengeluar kondom Durex adalah berdasarkan temubual ke atas 29,000 orang di 36 buah negara.
Dalam kaji selidik berkenaan, para penyelidik turut mendapati, lelaki Malaysia memiliki purata tiga pasangan seks manakala lelaki di Singapura dan Hong Kong pula meniduri 16 wanita dalam hidup mereka sekaligus bilangan tertinggi di rantau Asia.
No comments:
Post a Comment