Rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) akur dengan “arahan” kerajaan Pulau Pinang untuk tidak menayangkan filem kontroversi ‘Tanda Putera’ di kesemua panggung wayangnya di negeri tersebut.
Satu kenyataan GSC pagi ini menyebut, syarikat berkenaan akan memulangkan wang pelanggan yang telah membeli tiket lebih awal.
“Selari dengan arahan Kerajaan Pulau Pinang semalam, filem filem ‘Tanda Putera’ tidfak akan ditayangkan di Pulau Pinang,” kenyataan itu dipetik.
Tindakan untuk menghalang penayangan filem berkenaan diumumkan oleh exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, semalam.
Menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam reaksinya semalam menyifatkan tindakan berkenaan mencerminkan “kebodohan” kerajaan negeri itu.
“Itu membayangkan kebodohan mereka. Orang yang membuat keputusan itu, mereka sendiri tidak menonton filem tersebut. Seharusnya mereka mendengar pandangan profesional terlebih dahulu sebelum membuta-tuli mengharamkan,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment