Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday, 29 August 2013

Kerajaan DAP Pulau Pinang Haramkan Tanda Putera



Kerajaan negeri cuba menyekat penayangan filem kontroversi Tanda Putera yang bakal ditayangkan bermula esok, dengan alasan ia boleh mencetuskan konflik antara kaum dan keharmonian rakyat.
Tindakan terbabit disuarakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang secara serius meminta Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow membuat surat rasmi untuk dihantar segera kepada pengendali pawagam di negeri ini.
Pada sidang media di pejabatnya di Komtar, di sini petang ini, Guan Eng berkata, beliau amat kesal dengan beberapa babak di dalam filem arahan Datuk Shuhaimi Baba mempunyai unsur fitnah yang boleh mencetuskan kebencian di kalangan rakyat.
Katanya, pengarah sendiri ada menjelaskan terdapat beberapa babak yang sebenarnya tidak berlaku tetapi diselitkan bagi menarikan jalan cerita atas nama kreativiti.
“Antara babak yang saya katakan ialah mengenai adegan beberapa pemuda Cina kencing di pekarangan kediaman Menteri Besar dan atas bendera Jalur Gemilang.
“Ia tidak logik sama sekali dan ia satu penipuan serta fitnah, saya pelik bagaimana Kerajaan Persekutuan boleh membiayai filem terbabit yang jelas satu ancaman kepada keharmonian sedia ada,” katanya.

No comments:

Post a Comment