Aktres terkenal Hollywood, Angelina Jolie mendedahkan dia pernah menjalani pembedahan membuang kedua-dua payu daranya, di Washington hari ini.
Jolie membuat pendedahan itu menerusi satu artikel berjudul ‘My Medical Choice’ yang disiarkan dalam akhbar The New York Times.
“Saya menjalani pembedahan membuang payudara kerana saya didapati mempunyai risiko untuk mendapat barah payu dara.
“Ibu saya meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat barah tersebut dan saya tidak mahu menjadi begitu,” katanya.
Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati bintang berusia 37 tahun itu mempunyai risiko sebanyak 87 peratus untuk menghidapi barah payu dara dan 50 peratus untuk barah ovari.
No comments:
Post a Comment