Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday, 10 September 2013

Fakta Gelabah Bateri Kereta Habis Buat Apa


Kereta buat hal? Ok. Pertama sekali tarik nafas dalam-dalam, jangan gelabah, rilex! Dah agak tenang, masukkan kunci kereta dan cuba start engine sekali lagi. Kalau penunjuk (indicator) dekat dashboard tak menyala atau menyala pun malap-malap  je, almaklum mungkin bateri korang ada masalah.
Next, nak double confirm cuba periksa mana-mana bahagian suis yang kemungkinan terlupa tutup (switch-off). Bagi kes bateri yang kong atau dah nak ‘nazak’, mungkin penunjuk meter kereta akan terjejas seperti gambar di bawah. Tengok kalau ada simpton-simpton seperti ini.
Orite! Dari pengalaman sendiri, akibat terburu-buru nak balik rumah, inilah kesannya. Dan dari pengalaman majoriti korang dan korang dan korang juga, benda ini mesti pernah berlaku kan?
Bagi aku yang pertama kali menghadapi situasi seperti ini (noob gilak!), serius aku tak tau nak buat apa. Tapi kerana ego aku yang tinggi untuk tidak minta bantuan orang lain sebelum mencuba dulu, ternyata berhasil. Selepas di periksa semua suis, baru terperasan bahawa lampu kereta tak tutup semalaman. Cuai!
Akibatnya, bateri kong! Patutlah alarm kereta pun tak berfungsi. So, terpaksalah guna manual. Macam kes aku ini, masalah bateri atau petanda bateri kong boleh di lihat:
1. TACHOMETER tak menunjukkan bacaan normal iaitu ’0′rmp sebelum engine di hidupkan. Selalu terjadi sama ada wayar sambungan bateri longgar atau bateri telah kehabisan kuasa.
Ini di sebabkan kuasa untuk menghidupkan setiap komponen kereta sepenuhnya menggunakan kuasa bateri dan bukannya dari caj alternator. Untuk makluman alternator hanya beroperasi dan di cas selepas engine kereta di hidupkan. Selepas engine dapat start, alternator akan mengambil alih tugas bateri untuk terus menghasilkan caj elektrik.
2. SPEEDOMETER turut jadi ‘gila’ seperti Tachnometer. Berkemungkinan ini berlaku di sebabkan masalah wiring atau kapasitor bermasalah. Caj elektrik terlebih atau kurang di hasilkan. Kesannya, kapasitor yang berfungsi sebagai penyimpan kuasa telah mengalami gangguan.
3. TOLOK MINYAK (Fuel Gauge), ODOMETER, TRIP METER/COMPUTER atau Butang INFO tidak menyala dan menunjukkan sebarang bacaan.
4. Penunjuk status Bateri, Airbags, Engine dan sebagainya tidak berfungsi. Korang boleh juga cuba pasang radio. Kalau ada gangguan atau tak berfungsi langsung bermakna bateri kereta ada masalah.
Ini antara petanda-petanda bateri kereta mengalami masalah. Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini? Sebelum tu nak tanya, korang pernah ada pengalaman dan jump-start kereta? Kalau pernah sila duduk diam-diam. hehe.
Bagi yang belum pernah, mari kenal dulu fakta serba sedikit tentang bateri kereta. Dah kenal barulah boleh mulakan operasi. Samalah juga buat apa-apa sekalipun, manual perlu baca, belajar dan fahamkan dulu. Kalau tak korang yang akan bermasalah nanti.

No comments:

Post a Comment