“Saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti tahun ini …”
Itu tulisan terbaru akaun Facebook milik Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said yang telah digodam pihak tidak bertanggungjawab sejak 17 Ogos lalu.
Berikutan tindakan khianat itu, Ahmad telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) awal September lalu.
TerengganuToday dimaklumkan, beberapa proses teknikal sedang dilakukan oleh SKMM bagi memansuhkan akaun berkenaan.
Mengenai status Facebook yang menyebut Ahmad menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden UMNO, ia berniat jahat dan fitnah.
No comments:
Post a Comment