Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday, 24 September 2013

Panas: Rozita Che Wan akur hamil anak Zain Saidin..!

Rozita Che Wan akur hamil anak Zain Saidin - Pastinya pelakon dan pengacara terkenal, Rozita Che Wan cukup teruja kembali bergelar isteri pada Disember ini dengan jejaka pilihan yang jauh lebih muda darinya, Zain Saidin.

Walaupun tarikh sebenar majlis perkahwinan mereka masih belum diumumkan namun ada sesetengah pihak mengandaikan cerita kahwin Rozita Che Wan dan Zain Saidin itu hanya sekadar publisiti murahan dan tidak kurang juga yang mendoakan hayat percintaan mereka tidak akan berkekalan hingga ke jenjang pelamin. 


Ditanya tentang kesediaannya untuk menimang cahaya mata selepas berkahwin dengan Zain, Rozita tak kisah dan hanya menurut kehendak bakal suaminya itu. Tetapi daripada satu sudut, ramai yang menyangka Rozita tidak mahu beranak lagi kerana bimbangkan potongan badannya.

"Tiada majlis tunang akan diadakan. Seperti biasa hanya majlis merisik untuk berbincang soal kahwin. Ia tradisi orang kita. Cuma apa yang boleh saya katakan, kesungguhan Zain untuk memperisterikan saya membuatkan diri ini cukup tersentuh dan terharu."

"Dia (Zain) memang pulun sakan cari duit. Saya tahu dia nak yang terbaik untuk kehidupan kami bersama. Saya kenal dia pun bukan sehari dua. Jadi selalunya apabila orang tanya apa perasaan nak kahwin lagi, saya jawab tak ada rasa apa pun."

No comments:

Post a Comment