“Ayah sayang Ina macam ayah sayangkan ibu. Ayah tak mahu berjauhan dengan Ina kerana wajah Ina sama macam ibu,” itu ungkapan yang sering didengar Harlina, 19, (bukan nama sebenar) setiap kali ‘dijamah’ bapanya.
Dia mendakwa menjadi mangsa noda bapanya sejak berusia 13 tahun, iaitu beberapa bulan selepas ibunya meninggal ketika melahirkan adik bongsunya, tujuh tahun lalu.
“Ayah beri alasan dia tak inginkan wanita lain selepas ibu. Dia seolah-olah tak dapat terima hakikat ibu sudah tiada. Taksub dengan perasaan cinta terhadap ibu menyebabkan saya pula menjadi mangsa.
“Malah, ayah pernah bercakap seorang diri, seolah-olah berbual dengan ibu. Dia hilang pedoman dan kurang siuman dengan pemergian ibu hinggakan adik bongsu langsung tidak dipedulikan, menyebabkan kami hilang tempat bergantung.
“Memang tak dapat dinafikan wajah saya saling tidak tumpah seperti ibu membuatkan ayah berasa saya pengganti ibu,” kata anak sulung daripada empat beradik ini.
No comments:
Post a Comment