Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday, 23 September 2013

‘Saya Tanggal Tudung Kerana Kontrak, Tamat Nanti, Saya Pakailah Semula…’


Sekembalinya dari mengerjakan haji tahun lalu, Rossa, 34, tampil mengenakan hijab. Perubahan itu dapat dilihat ketika penyanyi ini menjadi juri rancangan X-Factor Indonesia.
Pastinya perkara itu amat menggembirakan ramai pihak, terutama peminat penyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta itu. Walaupun bertudung litup, kejelitaannya tetap terserlah.
Bagaimanapun, penampilan berhijab itu tidak kekal lama apabila pemilik nama penuh Rossa Roslaina Sri Handayani ini kembali mendedahkan rambutnya.
Ternyata tindakan Rossa membuka hijab mendapat kritikan ramai, termasuk peminatnya sendiri.
“Saya akui tindakan membuka tudung mengundang pelbagai reaksi negatif. Mereka tidak suka dengan tindakan itu.
“Sejujurnya, saya terpaksa berbuat demikian kerana perlu mematuhi kontrak dan perjanjian yang sudah dipersetujui lebih awal. InsyaAllah, selepas segala perjanjian atau kontrak tamat, mungkin saya akan berhijab atau selepas mendirikan rumah tangga,” katanya ketika ditemui pada sidang media Enjoy Jakarta di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Hadir sama memeriahkan acara itu adalah kumpulan Ungu; pengacara terkenal, Sarah Sechan; dan vokalis kumpulan Kahitna, Heidi Yunus.
Walaupun kembali membuka tudung, tegas Rossa, dia tetap menjaga penampilan supaya tidak mencetuskan kontroversi memandangkan dirinya sudah bergelar hajah.
“Rasanya penampilan saya sekarang lebih sopan,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini.

No comments:

Post a Comment