Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday, 10 September 2013

Terlalu Kecewa, Syamsul Yusof Mahu Berhenti Mengarah


Kerana terlalu kecewa dengan insiden sabotaj filem KL Gangster 2 ini, Syamsul Yusof telah meluahkan hasrat untuk berhenti daripada mengarah filem.
Menurut bapanya yang juga merupakan pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam, anak kesayangannya itu terlalu kecewa dan kenyataan yang dibuat oleh Syamsul itu cukup membimbangkan hatinya.
“Dia tidak boleh menerima apa yang berlaku, dia terlalu kecewa, dan saya faham perasaannya, sebagai anak muda sudah tentu dia sukar berdepan dengan situasi sebegini. Hari ini juga dia tidak dapat datang kerana terlalu tertekan, saya suruh dia cekalkan hati, saya sentiasa menyokong dia tidak kira apapun.
“Apa yang saya risau adalah, dia menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada industri filem dan tidak mahu mengarah lagi. Dia seorang yang degil sejak kecil lagi, jika dia kata mahu lakukan maka dia akan buat dan ini sangat membimbangkan saya.” ujarnya dalam sidang media pra-tonton ‘KL Gangster 2’ di TGV One Utama, malam tadi.
Selain itu, beliau menyatakan jika anaknya itu tetap dengan keputusan untuk mengundur diri, maka ini merupakan satu kehilangan besar kepada industri perfileman ditambah pula anaknya itu sememangnya pengarah muda yang berpotensi tinggi.
“Saya bangga dengan anak saya, jika dia benar-benar mahu menarik diri, sudah pasti ianya merupakan kehilangan besar untuk industri filem tanah air.” ujarnya lagi.
Datuk Yusof Haslam juga berharap dengan adanya sokongan daripada para penonton terhadap sambutan filem ini dapat mengembalikan semangat anaknya yang hilang malah mereka juga akan berjuang habis-habisan untuk menangkap penjenayah tersebut.
‘KL Gangster 2’ merupakan filem prekuel kepada ‘KL Gangster’ ini mula dihasilkan sejak pertengahan 2011 dan menelan kos sebanyak RM 4.5 juta. Filem ini juga menampilkan barisan pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor.
Filem ini akan menemui para penonton secara ekskusif di 100 buah pawagam di Malaysia dan 7 buah pawagam di Singapura bermula 3 Oktober ini.

No comments:

Post a Comment