Seorang wanita cedera di tapak kaki kiri dipercayai ditembak dengan senjata api di rumahnya di Sungai Ular, Balok dekat Kuantan awal pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Aziz Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam semasa mangsa yang berumur 37 tahun sedang nyenyak tidur bersama anak lelakinya berusia sembilan tahun manakala tiga lagi anaknya tidur di bilik berasingan.
Katanya, mangsa yang hamil empat bulan dan bekerja sebagai tukang cuci itu hanya tersedar daripada tidur selepas berasa sakit di tapak kaki kirinya.
“Mangsa yang mendapati kakinya berdarah itu segera menghubungi suaminya berusia 47 tahun yang bekerja sendiri dan kebetulan tiada di rumah semasa kejadian untuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
“Susulan rawatan kira-kira jam 2 pagi semalam, pegawai perubatan mengesahkan tapak kaki mangsa cedera akibat ditembak dengan senjata api. Mangsa hanya membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan pagi tadi,” katanya.
No comments:
Post a Comment