Merajuk dengan suaminya, seorang wanita tergamak mencampak anak tunggal perempuan mereka berusia lima tahun dari tingkat enam sebuah pangsapuri sebelum dia sendiri nekad terjun dari tingkat 10 blok berasingan di pangsapuri Seri Alam, di Serdang, semalam.
Akibat kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, dua beranak terbabit mati dalam keadaan mengerikan selepas cedera teruk di kepala dan badan.
Sebelum kejadian, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Tan Meng Leng, 35, marah dan merajuk apabila suaminya yang mahu keluar membaiki kereta di sebuah bengkel berhampiran enggan membawa bersama anak perempuan mereka.
Suaminya, Teoh Hock Hwa, 45, berkata kira-kira 10 minit selepas keluar dari rumahnya, dia mendapat panggilan daripada jiran memaklumkan isteri dan anaknya maut terjatuh dari bangunan.
Katanya, sebelum kejadian kira-kira jam 11 pagi, dia mengambil anaknya itu dari tadika dan menghantarnya ke rumah bersama makanan segera yang dibelinya.
“Ketika itu, isteri saya berada di rumah dan sebaik saya tiba, kami makan bersama dan dia langsung tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.
“Sebaik saya ingin keluar untuk ke bengkel bagi membaiki kereta, anak perempuan saya mahu mengikut, namun saya enggan membawanya kerana saya akan terus ke tempat kerja selepas membaiki kereta,” katanya.
Menurutnya, isterinya turut mendesak dia membawa anak mereka, namun tidak dihiraukannya.

No comments:
Post a Comment