Alor Setar: Pemimpin Syiah cuba menggunakan kelompok pendidik khususnya guru yang menjadi pengikut tegar untuk menerapkan nilai dan fahaman berkenaan dalam kalangan murid serta pelajar sekolah, sekali gus menarik mereka menyertai ajaran berkenaan.
Timbalan Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah Abdullah Din ketika mendedahkan perkara itu berkata, beliau menerima aduan dan maklumat mengenai segelintir guru cuba meracuni pemikiran pelajar dengan menerapkan nilai serta fahaman Syiah.
“Saya tak mempunyai data penuh mengenai dakwaan berkenaan, namun berdasarkan pemerhatian, memang ada kelompok guru khususnya yang mengajar Pendidikan Islam menganuti fahaman Syiah sekali gus dibimbangi akan mempengaruhi generasi muda.
“Ini bukan dakwaan liar. Maklumat yang diterima memang ada kebenarannya berdasarkan blog milik seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah di negeri ini,” katanya kepada Metro Ahad ketika ditemui di sini.
“Ini bukan dakwaan liar. Maklumat yang diterima memang ada kebenarannya berdasarkan blog milik seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah di negeri ini,” katanya kepada Metro Ahad ketika ditemui di sini.
Abdullah berkata, blog guru berkenaan memaparkan beberapa ciri ajaran Syiah seperti mengkafirkan sahabat Nabi Muhamad SAW, iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab menerusi penulisannya.
Beliau berkata, terdapat juga beberapa entri (tulisan) di dalam blog berkenaan mengagungkan pemimpin Syiah seperti entri ‘Menjawab Fitnah Terhadap Imam Khomeini’, ‘Memukul Diri Ketika Sedih Halal Dalam Islam’ dan senarai Imam 12.
“Ini jelas menunjukkan bahawa guru berkenaan mendokong ajaran terbabit kerana umum sedia maklum bahawa Imam Khomeini dijadikan simbol ketokohan pemimpin Syiah.
“Selain itu, entri yang mengulas bahawa memukul diri sendiri dibenarkan dalam Islam merujuk kepada hari kebesaran Syiah pada 10 Muharam. Pada hari berkenaan, pengikut Syiah akan mencederakan diri bagi meratapi kematian Saidina Ali.
“Bagi mereka, darah yang mengalir pada hari berkenaan begitu berharga di sisi Tuhan dan ini fahaman yang songsang dan kesesatan melampau,” katanya.
Menurutnya, pihaknya bimbang jika perkara itu tidak dibanteras dengan segera mungkin lebih ramai generasi muda khususnya pelajar tersesat kerana terpengaruh dengan doktrin Syiah.
Katanya, satu siasatan wajar dilaksanakan Kementerian Pendidikan bagi memastikan tiada tenaga pengajar mendokong ajaran Syiah kerana ia mampu menggugat akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Saya gesa pihak bertanggungjawab melakukan siasatan menyeluruh kerana bimbang pelajar akan terpengaruh dengan dakyah sesat Syiah. Mereka golongan yang perlu diberi perhatian kerana generasi muda inilah yang akan menyambung akidah Sunni.
“Saya turut mencadangkan seminar berhubung pendedahan kesesatan Syiah dilakukan di setiap sekolah bagi membolehkan mereka mengetahui fakta sebenar,” katanya.
No comments:
Post a Comment