Adakah ini pengakuan cinta versi gadis Melayu yang malu-malu kucing? Adakah Johan As’ari memahami apa yang cuba disampaikan oleh Shila Amzah? Abang Nara yakin banyak peminat yang gembira dengan perkembangan hubungan mereka berdua ini. Terbaru, Shila mengakui akan menerima dengan hati terbuka sekiranya ditakdirkan Johan As’ari adalah jodohnya.
Seringkali dilihat berkongsi gambar mereka bersama, Abang Nara rasa Shila dan Johan ini memang ada jodoh. Muka pun sama. Sekali pandang macam adik beradik. Kata Shila kepada Mstar Online:-
Kami lebih selesa akrab tanpa perlu meletakkan ia sebagai satu hubungan pasangan bercinta. Johan juga antara sahabat saya yang paling rapat dan saya terima dia dengan hati terbuka sekiranya dia merupakan jodoh saya satu hari nanti,
Yang menariknya, kehadiran Johan dalam hidup Shila memberikannya aura positif dan semangat untuk lebih fokus kepada kerjaya. Amboi amboi amboi. Ibu bapa mereka berdua pun sudah saling mengenali. Memang eloklah sangat tue. Tambah Shila lagi:-
Saya percaya ibu dan ayah mempunyai perasaan yang kuat terhadap kawan-kawan anak mereka di mana mereka boleh mengagak baik buruknya perangai seseorang itu. Alhamdulillah dia (Johan) hadir dalam hidup kami membawakan aura positif dan kalau nak tahu mak saya dan mak dia sudah lama berkenalan rupa-rupanya. Ini membuatkan jalinan antara keluarga kami juga semakin kuat. Dan pada masa sama saya dan Johan saling memberi semangat dalam kerjaya masing-masing
Kepada Johan As’ari, Shila seolah-olah sudah memberi “green light” kepada anda. Silalah mengambil langkah seterusnya kalau benar-benar sudah berkenan. Jangan tunggu lama-lama. Nanti lama-lama dikebas orang. Kalau Johan taknak, ramai lagi yang menaruh hati pada Shila. Jadi sebelum melopong, baiklah pergi “chop” dulu. Hehehe. Tak gitu?
No comments:
Post a Comment