Wednesday, 30 October 2013
Darah Anjing Digunakan Untuk Menyelamatkan Nyawa Kucing
Tidak hanya manusia yang melakukan pendermaan darah, di New Zealand darah anjing digunakan untuk membantu menyelamatkan nyawa kucing
Pemilik kucing Kim Edwards panik ketika kucingnya tidak sengaja termakan racun tikus, kemudian Kim bergegas ke klinik haiwan tempatan di Tauranga, North Island.
Kucing lemah tersebut memerlukan pemindahan darah segera untuk bertahan hidup. Namun tidak ada cukup masa untuk menghantar sampel ke makmal untuk ujian jenis darah kucing tersebut.
Kemudian Edwards berinisiatif menggunakan darah anjing peliharaan rakannya jenis Labrador Macy bewarna hitam sebagai usaha terakhir unbtuk menyelamatkan Rory, kucing kesayangannya.
Vet Kate Heller yang menangani kes ini mengatakan jika pemilik kucing memberikan jenis darah yang salah maka kucing tersebut akan mati.
Heller sendiri belum pernah melakukan pekara ini dan termasuk yang jarang berlaku. "kedengarannya Orang-orang cukup cerdik berfikir , dan berjaya menyelamatkan hidup Rory," ujar Heller dipetik dari Emirates, Rabu (21/8/2013).
Edwards berkata selepas penderma dilakukan tidak terjadi sebarang kesan sampingan. "Para doktor pun terkejut hal tersebut berjalan dengan baik, dan Rory pun kembali normal," jelasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment