Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday, 29 October 2013

Wanita Tertidur Dalam Air Selepas Bergaduh Dengan Suaminya


Pihak polis di bandar Wenling, Wilayah Zhejiang, dibanjiri telefon dari orang ramai yang melihat susuk mayat terapung di dalam sungai.

Polis pun bertindak cepat. Dan tiba di lokasi yang dilaporkan, mereka mendapati tubuh seorang wanita muda yang terapung di atas air. Namun ia tidak mati, melainkan hanya tertidur di atas permukaan air. Dan yang paling menarik, ia sudah tertidur di sana selama 40 minit.

Seperti yang dilaporkan oleh Rocketnews, insiden itu berlaku selepas wanita tersebut bertengkar dengan suaminya di rumah. Di tengah kerisauannya, ia pun menelan 20 butir ubat flu dan kemudian berjalan menyendiri untuk meredakan kemarahan.

Malangnya,wanita tersebut tidak mengambil kira faktor kesan sampingan yang ada. Ketika berjalan, ia pun merasakan mengantuk yang amat luar biasa kuat.Kerana tidak mampu menahan ngantuknya lagi, ia terjatuh ke dalam sungai yang kebetulan dilewatinya. Pekara terakhir yang diingatinya mengenai insiden itu adalah perasaan tercekik di leher selepas jatuh ke dalam air, tapi mengantuk yang dirasakan lebih besar, sehingga ia terlelap.

Namun amat beruntung sekali, kerana ketika tertidur tubuhnya mampu terapung di atas air dengan tenang dan mencegahnya tenggelam. Banyak saksi yang yakin wanita berada dalam kedudukan tersebut selama 40 minit sebelum akhirnya polis datang dan menyelamatkannya.

No comments:

Post a Comment