Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday, 31 October 2013

Pelancong Asing Dirompak Dan Ditikam Di Ibu Negara, Dakwa KL Tidak Lagi Selamat



Seorang pelancong warga asing dalam sebuah laman web virtualtourist.com mendedahkan kes beliau dirompak serta ditikam.
Turut dimuatnaik ialah gambar beliau dalam keadaan berlumuran darah sedang berada  di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut Dave Ramsay, kejadian berlaku pada 5 Oktober lepas (Sabtu) berhampiran pusat hiburan Hard Rock Cafe.

Ramsay berkata, penjenayah menarik begnya sebelum menikamnya di dada ketika beliau berpusing selepas menyedari begnya ditarik seseorang.
“Pada mulanya, saya sangka saya ditumbuk, kawan saya (wanita) cuba bergelut mempertahankan beg tangannya dari diragut,  ketika itu saya melihat sebilah pisau ditarik keluar berhampiran lengan kanan saya sehingga darah mengalir banyak.
“Saya menyuruh rakan saya melepaskan begnya itu kerana bimbang dia turut ditikam, perompak kemudiannya melarikan beg tangan itu. Saya sangka mereka sudah mengawasi semua pergerakan saya dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk bertindak.
“Jika saya lebih kurus, pastinya pisau itu akan menembusi paru-paru dan menyebabkan kecederaannya lebih parah,” menurutnya.
Ramsay yang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk ke HKL bagaimanapun berpuas hati dengan tindakan pantas para petugas perubatan di hospital itu.
Mengulas lanjut, katanya, ketika kejadian tiada seorang anggota polis pun berhampiran di tempat kejadian.
Dia juga mendakwa sukar mendapatkan teksi dan  bantuan daripada orang ramai.
Ramsay mendakwa polis pelancong yang mengambil laporannya juga kelihatan tidak berusaha mencari penjenayah itu sebaliknya hanya mengeluarkan salinan laporan polis untuk tujuan tuntutan insurans.
Beliau turut membuat beberapa dakwaan nakal memperlekehkan reputasi bandaraya Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang perlu dijauhi.

Sewajarnya, dakwaan pelancong ini disiasat dan adakah kejadian yang dikatakan benar-benar terjadi ekoran tiada laporan berita mengenai kejadian ini di mana-mana laman web atau akhbar.

No comments:

Post a Comment