Seorang budak yang dikenali sebagai Ivan Stoiljkovic didapati mempunyai suatu kelebihan luar biasa iaitu badannya berkuasa magnet yang mampu melekatkan bahan logam sehingga 25kg.
Ivan Stoiljkovic, kanak-kanak berusia enam tahun dari Croatia mampu menahan benda logam di tubuhnya. Malah keluarganya mendakwa dia memiliki kekuatan tambahan dan boleh menyembuhkan penyakit.
Ketika Ivan membuang kemejanya, dia mampu menahan benda-benda logam seperti sudu, telefon dan bahkan benda berukuran besar seperti kuali menggoreng di tubuhnya.
Ivan tidak hanya bermagnet tapi juga lebih kuat berbanding rakan-rakan seusianya.
Menurut keluarganya, Ivan juga menggunakan tangannya untuk mengurangkan rasa sakit pada perut datuknya dan merawat kaki jirannya yang terlibat dalam kemalangan traktor.
Menurut datuk Ivan, ketika cucunya meletakkan tangannya di perutnya, tangan Ivan jadi sangat panas dan rasa sakit itu pun hilang.
Kekuatan magnet Ivan serupa dengan penjahat berkekuatan magnet dalam siri komik dan filem X-Men iaitu Magneto.
No comments:
Post a Comment