Sekumpulan cef pelatih di Colombia memperkenalkan manisan terbaru daripada campuran buah markisa dan pil viagra yang dijamin dapat menaikkan nafsu berahi orang yang memakannya.
“Kami mendapat idea mengenainya empat bulan lalu selepas diberikan tugasan menghasilkan hidangan berkhasiat untuk golongan warga emas,” kata seorang pelatih tersebut, Juan Sebastian Gomez.
Menurutnya, hidangan pencuci mulut itu telah diuji ke atas dua kumpulan sukarelawan dan kedua-duanya mengalami kesan peningkatan keinginan melakukan hubungan seks.
“Mereka ‘dibakar’ nafsu berahi selepas memakannya,” ujar Gomez.
Tambahnya, manisan itu amat digemari oleh kaum wanita dan mereka akan memakannya secara perlahan-lahan.
“Selepas beberapa minit mereka mula tersenyum dan mengakui keberkesanannya,” jelas pelatih itu.
Pencuci mulut itu dihasilkan selepas mendapat nasihat dan panduan beberapa pakar perubatan ekoran viagra merupakan ubat preskripsi doktor.
No comments:
Post a Comment