Saya adalah seorang pelajar yang belajar di Amerika Syarikat. Di sini terlalu banyak godaan yang menggugat hawa nafsu. Jikalau kami pelajar di sini diberi kebenaran untuk berkahwin, sudah lama saya kahwin. Namun, seperti ditetapkan oleh penaja, kami dilarang membuat hal sedemikian.
Saya secara jujur adalah seorang yang mempunyai iman yg lemah dan berpenyakit. Apabila saya buat something yg salah, selalu saja akn memohon maaf, namun tidak dapat mengelak dari perbuatan itu lagi.
Persoalan saya, memandangkan saya sedang dalam umur remaja, apakah salah sekiranya saya melihat laman web lucah kerana dengan cara inilah saya boleh mengelakkan diri saya dari melakukan seks/zina dengan orang lain? cabaran dan dugaan menetap di AS ini sangatlah besar, namun saya khuatir saya tidak dpt menanganinya. Saya tahu hukum menonton perkara sebegitu adalah haram, namun itulah jalan penyelesaian yg saya boleh ambil setakat ini.
Saya sebelum ini sudah berusaha untuk mencegah perkara ini dgn melakukan puasa, solat sunat, membaca al quran, namun semuanya tidak kekal lama. Saya terdorong untuk membuat perkara sedemikian. Jikalau di Malaysia, sekurang-kurangnya saya masih boleh elak perkara ini, namun tidak di sini.
Harap dapat maklum balas, sekian terima kasih, wassalam..
Harap dapat maklum balas, sekian terima kasih, wassalam..
Jawapan:
Apa yang saudara lakukan adalah ibarat , lari dari mulut naga , tetapi masuk pula ke mulut singa.Kedua-dua perbuatan tersebut adalah sia-sia dan merugikan sahaja.
Sebenarnya , perbuatan menonton filem lucah tersebut lebih mendedahkan saudara kepada perbuatan zina yang diharamkan Allah swt.Maka apabila kita terjebak kepada perbuatan zina , sudah semestinya kita hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh menghampirkan diri kepada zina.Apatah lagi dengan menonton filem lucah.
Maka hukum melihat filem lucah adalah haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.
Nabi SAW bersabda:
لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها
Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )
Dalam menghadapi segala ujian dan dugaan yang mendatang memerlukan kepada kesungguhan yang betul-betul teguh dan mantap.Lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan nafsu syahwat yang sememangnya sukar dibendung.Berpegang teguhlah kepada ajaran Islam.Lakukanlah perkara2 yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.bacalah al-Quran dan berdoalah sebanyak mungkin serta berkawanlah dengan orang-orang yang berilmu yang boleh mebawa dan membimbing kamu kejalan yang diredhai Allah swt.
No comments:
Post a Comment