Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday, 20 August 2013

KENAPA KUCING BERDENGKUR?


Dengkuran kucing atau purring adalah elemen yang sangat istimewa bagi kucing. Membelai kucing yang berdengkur ini terbukti membawa ketenangan kepada manusia yang membelainya dan menurunkan tekanan darah. Dengkuran kucing ini telah lama zaman berzaman membawa senyuman kepada manusia samada tua atau muda. Kucing juga ada digunakan untuk memberi kegembiraan kepada mereka yang berada dalam kesakitan, untuk mereka melupakan kesakitan mereka, atau mungkin juga kesunyian yang melanda. Kucing mampu memberikan ini semua, hanya dengan berkelakuan sebagai kucing.
Namun pakar pengkaji telah memerhati dengan khusus fenomena dengkuran ini dan melihat ia bukan sekadar tanda ketenangan atau kesenangan. Kucing juga berdengkur jika mereka cedera, semasa melahirkan anak, malah ketika menghadapi kematian. Pakar zoologi British, Desmond Morris menyimpulkan bahawa dengkuran ini sebagai tanda persahabatan, samada kucing itu senang ketika ditemani atau ketika saat memerlukan seorang teman, sepertimana kucing yang sedang menghadapi masalah.

Kucing mula berdengkur sebelum mereka dapat membuka mata mereka lagi sejak kecil, terutamanya ketika menyusu, dan memberi ketenangan kepada ibu kucing, yang turut juga berdengkur.
Jika ada kelebihan kucing domestik berbanding Raja Rimba dan mana-mana kucing besar yang lain adalah kucing domestik dapat berdengkur tetapi singa, harimau dan lainnya tidak. Harimau dapat mendengus sebagai tanda persahabatan tetapi hanya ketika menghembus nafas. Tiada keluarga kucing besar dapat berdengkur secara berterusan ketika menyedut dan juga menghembus nafas. Namun begitu, kucing-kucing besar ini meskipun tidak dapat berdengkur, mereka diberikan satu kelebihan lain, iaitu mengaum. Kucing domestik tidak dapat mengaum, iaitu pada saya lebih baik begitu. Tiada siapa yang mahu membela kucing jika kucing dapat mengaum...hehe
Kucing yang lebih tua juga didapati berdengkur apabila cuba mendekati kucing muda, sebagai tanda dia ingin bersahabat dan berkawan. Jika di klinik veterinari, kucing yang cedera juga berdengkur untuk menenangkan dirinya sendiri. Anehnya dengkuran ini didapati berhenti jika dia terdengar bunyi air mengalir, seperti air paip di sinki. Kadangkala doktor terpaksa membuka air ini untuk menghentikan sebentar dengkuran kucing kerana sukar untuk mendengar denyutan jantung kucing disebabkan purring itu.
Walaupun kebanyakan pakar dapat mengenalpasti mengapa kucing berdengkur namun mereka belum pasti bagaimana mereka berdengkur. Pendapat umum mengatakan dengkuran itu berasal dari peti suara yang dipanggil vestibular chord dan laluan udara melalui struktur inilah yang memberikan dengkuran kucing yang memberi ketenangan kepada manusia.


No comments:

Post a Comment