Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday, 2 August 2013

Kereta Tersadai 8 Tahun Terima Surat Kompaun


Kereta miliknya sudah lapan tahun rosak dan tersadai di bengkel. Namun, agak mengejutkan apabila pemiliknya menerima notis kompaun dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kesalahan lalu lintas.
Itulah situasai dihadapi Ismail Yahya, 64, dari Jalan Tambak Gelam, Bukit Meta, di sini apabila dia terkejut menerima notis berkenaan yang memintanya menjelaskan bayaran kompaun sebanyak RM250.
Menurutnya, notis berkenaan diposkan ke alamat rumahnya pada 19 Julai lalu dengan menyatakan kenderaan miliknya bernombor pendaftaran JAX6499 didapati melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di atas garisan kuning pada 27 Januari 2011.
“Saya hairan bagaimana DBKL boleh mengenakan tindakan kompaun sedangkan kereta saya sudah tidak bergerak dan tersadai dibengkel sejak lapan tahun lalu. Bukan sekadar Kuala Lumpur, malah berjalan di sekitar kampung pun tidak pernah.
“Mustahil kereta saya ini boleh berjalan kerana cukai jalannya juga sudah lama mati pada 2005,” katanya sambil menunjukkan kenderaannya yang tersadai di rumahnya, semalam.
Ismail berkata, notis kompaun yang diterima juga tidak menyatakan jenis dan warna kenderaan, malah tidak tertera lokasi tepat kesalahan, selain dinyatakan hanya di Kuala Lumpur.
“Saya bimbang nombor pendaftaran kenderaan saya disalah guna pihak tidak bertanggungjawab. Saya telah mengadukan perkara ini kepada pihak DBKL untuk siasatan lanjut,” katanya.
Ismail berkata, atasa dasar keselamatan, dia membuat laporan di Balai Polis Kandang lima hari selepas menerima kiriman notis berkenaan.

No comments:

Post a Comment