Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday, 1 August 2013

Kisah Cinta Sejati Seorang Suami Kepada Isterinya !!


Di South Carolina, kelihatan seorang lelaki berusia 78 sedang memakai papan tanda bagi meminta pertolongan orang ramai untuk menyelamatkan isteri yang telah dikahwininya selama 57 tahun yang menderita akibat masalah buah pinggang. Larry Swilling amat menyintai isterinya, Jimmie Sue, dimana mereka telah berkahwin 57 tahun yang lalu. Kasih sayang mereka teruji apabila isterinya amat memerlukan pemindahan buah pinggang. Malangnya tiada seorang pun dari ahli keluarga mereka yang bersesuaian untuk menjadi penderma. Larry akhirnya mengambil keputusan untuk mencari penderma di jalanan.
“Saya tidak kisah apa yang orang katakan. Saya akan dapatkan buah pinggang untuk awak,” kata Larry kepada isterinya. Larry pernah kelihatan merayau-merayau di bandar tempat tinggalnya iaitu Anderson, South Carolina dan bandar-bandar berhampiran sambil memakai papan tanda ‘Perlukan buah pinggang untuk isteri.’. Tanpa segan-silu, dia turut bertanyakan kepada orang ramai yang lalu-lalang bagi sesiapa yang ikhlas untuk memberikan buah pinggang kepada isterinya.

No comments:

Post a Comment