Macam-macam benda pelik dan jelik yang manusia buat kat dunia ni. Sebuah pasaraya di sempadan Jerman dan Denmark telah diserbu oleh segorombolan pelanggan yang bertelanjang setelah mereka membuat promosi barangan runcit kepada 100 pelanggan pertama yang sanggup datang berbogel di situ.
Polis, jurugambar dan pengurus pasaraya tersebut kelihatan terkejut dengan suasana pada pagi pembukaan pasaraya di Süderlügum, North Frisia itu apabila melihat ramai yang hadir di depan pasaraya tersebut tidak memakai baju dan seluar!
Ada pelanggan yang sanggup berkhemah di hadapan pasaraya ‘Priss’ tersebut dengan harapan akan menjadi pelanggan yang awal yang ke 100 bagi merebut hadiah sebakul barangan runcit yang bernilai €270 jika mereka datang dalam keadaan bogel.
Pengurus pasaraya tersebut, Nils Sterndorff kagum dengan kejayaan gimik beliau.
“Saya tidak menyangkan seratus orang akan datang, saya agak mungkin hanya 10 orang atau lebih daripada itu sahaja,” katanya.
Ishh.. Ishh.. Mcm sikap binatang
ReplyDelete