Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday, 21 August 2013

Pemuda Umno Bantah Cadangan PTPTN Laksana CCRIS


Pemuda UMNO menentang cadangan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar.
Dalam satu kenyataan media petang Selasa, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebaliknya menggesa kerajaan menggunakan mekanisma sedia ada untuk mengutip balik semula pinjaman PTPTN.
“Pergerakan Pemuda Umno tidak bersetuju dengan pendirian kerajaan, yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh.
“Pada pandangan Pemuda Umno, Kerajaan sepatutnya mengguna pakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang masih berkeras dan tidak mengambil endah tuntutan pembayaran balik yang dikeluarkan,” kata Khairy.
Semalam Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh mengumumkan kerajaan akan melaksanakan CCRIS kepada peminjam yang tidak mahu membayar semula pinjaman PTPTN.

No comments:

Post a Comment